Permohonan PJJ USM 2024/2025 Online (Pengajian Jarak Jauh)

Permohonan PJJ USM 2024/2025 Online (Pengajian Jarak Jauh)|BILAKAH tarikh permohonan Pengajian Jarak Jauh di Universiti Sains Malaysia (USM) tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke USM bagi Rancangan Pengajian Jarak Jauh (PJJ) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan PJJ USM 2024 boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup pada 24 September 2023 menerusi Laman Web Rasmi USM. Berikut dikongsikan Permohonan PJJ USM 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan PJJ USM 2020 Online (Pengajian Jarak Jauh)

Sedia maklum, USM merupakan salah sebuah Universiti Awam di Malaysia yang mana kampus utamanya terletak di George Town, Pulau Pinang. Universiti ini mempunyai 3 buah kampus lain iaitu sebuah di Seberang Perai dan di Kelantan serta sebuah kampus luar negara yang menawarkan kursus Sains Perubatan di India. Tempoh pengajian yang ditetapkan untuk pengajian ini adalah selama 4 tahun.

Permohonan PJJ USM 2024/2025 Online (Pengajian Jarak Jauh)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan PJJ USM beserta syarat kemasukan dan senarai program pengajian:

Tarikh Penting Permohonan PJJ USM 2024

◾Tarikh Permohonan: 24 September 2023 (Ditutup)
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://pohon.usm.my/portal/index.php/Online

Cara Permohonan PJJ USM 2024 Online

1. Permohonan PJJ USM boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi USM menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://pohon.usm.my/portal/index.php/Online

2. Jika belum mempunyai akaun pendaftaran, sila klik pada butang "Daftar" diruangan yang disediakan.

3. Kemudian, lengkapkan borang permohonan yang diperlukan dan klik pada butang "Daftar".

Senarai Program Pengajian PJJ USM

Antara Senarai Program Pengajian yang ditawarkan di PJJ USM adalah seperti berikut:

1. Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Major – Sejarah/ Kesusasteraan/ Geografi
2. Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
Major – Ekonomi/ Sains Politik/ Antropologi Sosiologi
3. Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
Major – Kewangan/ Pemasaran/ Organisasi
4. Sarjana Muda Sains (Kepujian)
Major – Biologi/ Fizik/ Kimia/ Matematik

Keistimewaan PJJ USM

Antara keistimewaan pengajian ini adalah seperti berikut:

1. Potongan 50% Yuran Pengajian untuk calon 50 tahun ke atas

2. Pengecualian wang proses kepada Staf/ Pesara/ Pasangan Staf dan Anak Staf USM

3. Kelulusan APEL A Tahap 6 diterima jika tidak melepasi syarat kemasukan

Permohonan PJJ USM 2023/2024 Online (Pengajian Jarak Jauh)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PJJ USM, sila hubungi di:

UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM PULAU PINANG

No. Tel : 1 300 888 876 / 04-653 3196
No. Faks : 04 653 3328
Email : admissions@usm.my

Selamat membuat permohonan PJJ USM tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan PJJ USM!

No comments

Powered by Blogger.