Permohonan GMI 2024 Online (German-Malaysian Institute)

Permohonan GMI 2024 Online (German-Malaysian Institute)|BILAKAH tarikh permohonan German-Malaysian Institute (GMI) ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda Lepasan SPM 2023 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke GMI ambilan Julai tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan GMI 2024 boleh dibuat secara online menerusi Portal Rasmi GMI. Berikut dikongsikan Permohonan GMI 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan GMI 2020 Online (German-Malaysian Institute)

Sedia maklum, German-Malaysian Institute atau nama ringkasnya iaitu GMI merupakan sebuah pusat latihan berasaskan kemahiran telah ditubuhkan yang menyediakan latihan praktikal dan teori yang komprehensif serta seimbang.

Permohonan GMI 2024 Online (German-Malaysian Institute)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi Permohonan GMI termasuk syarat kemasukan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan GMI 2024 Online

1. Permohonan kemasukan ke GMI boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web https://gmi.vialing.com/oa/login

2. Kemudian, klik pada butang "Register" dan isikan maklumat borang permohonan yang diminta dengan lengkap. 

3. Setelah borang permohonan lengkap diisi, klil pada butang "Sign Up".

Info Penting:
*Bagi pendaftaran untuk pengambilan Julai 2024 di GMI, anda boleh memohon dengan menggunakan keputusan 𝐒𝐏𝐌 𝐓𝐑𝐈𝐀𝐋!

Syarat Kemasukan GMI 2024

Antara syarat kemasukan permohonan GMI adalah seperti berikut:

1. Lulus SPM + 3 Kredit (Termasuk subjek Matematik dan mana-mana subjek dalam kumpulan Sains/Teknikal)

Kenapa GMI Menjadi Pilihan?

1. Tajaan MARA Disediakan
- Yuran pengajian & elaun sara diri RM730.00 sebulan.*

2. Diskaun Pembayaran Balik
- Diskaun pembayaran balik pinjaman pengajian MARA sehingga 85%.*

3. Fasiliti Lengkap Menyeluruh
- Penginapan, kompleks sukan, surau, cafe dan keseluruhan persekitaran yang kondusif.

4. Berorientasikan Kemahiran TVET
- Mudah 'skor' kerana pembelajaran menggunakan pendekatan 'hands on' - 70% praktikal dan hanya 30% teori.

5. Lokasi Strategik
- Terletak di kawasan Multinational Company (MNC), akses latihan industri yang lebih besar.

6. Diiktiraf MQA & Relevan Kepada Keperluan Industri
- Kurikulum pembelajaran yang berkualiti dalam membangunkan kompetensi pekerja berkemahiran tinggi.

7. Peluang Melanjutkan Pengajian
- Laluan pengajian ke peringkat ijazah lebih cerah samada di dalam dan luar negara.

8. Mudah Mendapat Pekerjaan
- Graduan GMI diburu industri kerana majoriti industri mengetahui kelebihan kemahiran yang dimiliki graduan GMI.

Semakan Keputusan GMI 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan GMI tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Permohonan GMI 2024 Online (German-Malaysian Institute)

Artikel Berkaitan:

👉 Syarat Kemasukan GMI

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut berkaitan kemasukan dan pendaftaran pelajar baru GMI, sila hubungi di:

German-Malaysian Institute (247980-K),
Jalan Ilmiah, Taman Universiti,
43000, Kajang, Selangor, Malaysia

No. Tel: +603-8921 9000 / 9191 / 9046 / 9322
No. Fax: +603-8921 9001
Emel: marketing@gmi.edu.my
Whatsapp: https://wa.me/601120555795 atau https://wa.me/60192654234

Selamat membuat Permohonan GMI ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke GMI!

No comments

Powered by Blogger.