Permohonan UPSI Februari 2024 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Permohonan UPSI Februari 2024 Online (Ijazaj Sarjana Muda)|BILAKAH tarikh permohonan UPSI ambilan 2024 bakal dibuka? Perhatian buat anda lepasan Diploma dan STPM/ Setaraf yang gagal dalam Permohonan UPU dan berminat membuat permohonan kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan UPSI 2024 bakal dibuka secara online pada 20 November 2023 hingga 3 Disember 2023 menerusi Portal Rasmi UPSI. Berikut dikongsikan Permohonan UPSI 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan UPSI Februari 2020 Online

Permohonan UPSI Februari 2024 Online (Ijazah Sarjana Muda)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan UPSI beserta syarat kemasukan:

Tarikh Penting Permohonan UPSI 2024

⬛ Tarikh Buka dan Tutup (Diploma Ambilan Disember 2023): 20 November 2023 hingga 3 Disember 2023
⬛ Tarikh Buka dan Tutup (Sarjana Muda): 10 November 2023 hingga 10 Disember 2023

Cara Permohonan UPSI Februari 2024 Online

1. Pemohon perlu layari ke laman web UPSI secara atas talian (online) menerusi pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 https://kemasukan.upsi.edu.my/

2. Sila pastikan nombor Bitara ID yang dibeli tertera di Slip Pembelian sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian nombor Bitara TIADA pemulangan bayaran.

3. Permohonan yang lewat tidak akan diproses.

Syarat Kemasukan UPSI 2024

Antara syarat kemasukan UPSI adalah seperti berikut:

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/Setaraf) dengan mendapat sekurang-kurangnya 6C/Gred C dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai. DAN

2. Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain; ATAU

3. Lulus Matrikulasi/Asasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan Gred C (NGMP 2.50) bagi peringkat Asasi TESL/ Undang-Undang; ATAU

4. Lulus peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan mendapat sekurang-kurangnya pangkat Jayyid; ATAU

5. Memilik Diploma dalam bidang pengkhususan yang relevan dengan program yang dipohon dari institusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan Senat Universiti dan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50; DAN

6. Memiliki Sijil Malaysia University English Test (MUET) dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Dua (2) / Band (2).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut mengenai UPSI, sila layari Laman Web Rasmi UPSI di www.upsi.edu.my atau mengemukakannya di alamat:

Pejabat Pendaftar,
Unit Kemasukan, Bahagian Akademik,
Kampus Sultan Abdul Jalil Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak

No. Tel : 05-4506932/6930/6929
No. Faks : 05-4582670

Semoga membuat Permohonan UPSI ambilan Februari 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke UPSI!

No comments

Powered by Blogger.