Permohonan SMA Negeri Johor 2020 Online

Permohonan SMA Negeri Johor 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan SMA Negeri Johor sesi 2020? Perhatian buat pelajar Tahun 6 lepasan UPSR yang berminat membuat permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke Sekolah Menengah Agama Negeri Johor (SMAJ) ambilan 2020. Untuk makluman anda, permohonan SMAJ 2020 dijangka dibuka secara online pada bulan November 2019 selepas pengisytiharan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019.

Permohonan SMA Negeri Johor 2020 Online

Permohonan SMA Negeri Johor 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan SMAJ 2020 beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan SMA Negeri Johor 2020 Online

1. Permohonan kemasukan Tingkatan 1 ke SMAJ boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi SMAJ menerusi pautan seperti dibawah:
KLIK 👉 http://bpi.johor.gov.my/esmanj

2. Masukkan No Kad Pengenalan anda dan klik pada butang "Hantar".

Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor

Berikut adalah Senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Johor:

1. Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor, Kluang Johor
2. Maahad Tahfiz Johor, Johor Bahru (Lelaki Sahaja)
3. Maahad Pontian, Pontian Johor
4. Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat Johor
5. Sekolah Menengah Agama Bugisiah, Pontian Johor


Syarat Kemasukan SMAJ 2020

Antara syarat kemasukan SMA Negeri Johor adalah seperti berikut:

◾Mendapat 3A 3B dalam peperiksaan UPSR 2019
◾Warganegara Malaysia
◾Anak jati kelahiran Negeri Johor

Selamat membuat permohonan SMA Negeri Johor 2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SMAJ!

No comments

Powered by Blogger.