Permohonan ASWARA 2024 Online (Syarat Kemasukan)

Permohonan ASWARA 2024 Online (Syarat Kemasukan)|ANDA berminat melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)? Perhatian buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke ASWARA ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan ASWARA sesi 2024 akan dibuka secara online pada bulan Februari 2024 menerusi Portal Rasmi ASWARA. Berikut dikongsikan Permohonan ASWARA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan ASWARA 2020 Online

Sedia maklum, ASWARA telah menjalankan kemasukan pelajar baru untuk pengajian diploma dan pengajian ijazah sarjana muda kepujian. ASWARA telah menubuhkan satu lagi fakulti baru iaitu Fakulti Pengurusan Seni dan Budaya, Fakulti ini hanya menawarkan program pengajian di Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian, Fakulti Seni Halus juga telah diberi nafas baru yang kini dikenali sebagai Visual Communication Visual Faculty. Manakala Fakulti Filem dan Video ditukar kepada Filem dan Televisyen.

Permohonan ASWARA 2024 Online (Syarat Kemasukan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Permohonan ASWARA termasuk syarat kemasukan dan bidang pengajian:

Cara Permohonan ASWARA 2024 Online

1. Permohonan kemasukan ASWARA boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi laman web www.aswara.edu.my.

2. Pemohon hanya boleh membuat permohonan sekali sahaja. Permohonan kali kedua menggunakan Kad Pengenalan (No. K/P) yang sama TIDAK DIBENARKAN.

Semakan Keputusan ASWARA 2024 Online

1. Paparan status keputusan tawaran kemasukan program secara on-line bagi sesi akademik 2024 boleh dibuat secara online bermula dari bulan April 2023 di laman web ASWARA.

2. Pemohon perlu masukkan No. K/P dan No. Siri yang telah diberikan.

Syarat Kemasukan Permohonan ASWARA 2024

Antara syarat kemasukan ASWARA adalah seperti berikut:

1. WARGANEGARA MALAYSIA yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan;DAN

2. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian tiga (3) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; ATAU

3. LULUS Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 3 dalam bidang berkaitan; DAN

4. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran; DAN Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU

5. LULUS SIJIL KOLEJ KOMUNITI yang setara dengan tahap 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan; DAN LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu (1) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu; DAN Melalui program pengukuhan (sekiranya perlu); ATAU

6. LULUS SIJIL (TAHAP 3 Malaysian Qualifications Framework (MQF) dalam bidang berkaitan dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; ATAU
LULUS Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara, dengan minimum Gred C (NGMP 2.00), dalam mana-mana mata pelajaran; ATAU

7. LULUS Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (pangkat Maqbul); ATAU

8. MELALUI KEMASUKAN APEL Lulus Penilaian APEL oleh Malaysian Qualifications Agency (MQA); DAN

9. Mempunyai PENGALAMAN dan PENGETAHUAN ASAS dalam bidang yang dimohon; DAN

10. LULUS TEMUDUGA DAN UJIBAKAT yang telah ditetapkan oleh ASWARA.

Bidang Pengajian

Antara program pengajian yang ditawarkan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan adalah seperti berikut:

i. Asasi Seni Kreatif
ii. Diploma
iii. Ijazah Sarjana Muda
iv. Ijazah Sarjana
v. Ijazah Doktor Falsafah

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan ASWARA, sila layari laman web www.aswara.edu.my untuk keterangan lanjut atau hubungi 03-2778 5960/5961 di Unit Kemasukan dan Rekod.

Selamat membuat Permohonan ASWARA tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ASWARA!

No comments

Powered by Blogger.