Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 Online

Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 Online|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)? Perhatian buat pelajar lepasan SPM dan SKM yang berminat membuat permohonan kemasukan ke ADTEC Shah Alam sesi Januari 2020. Untuk makluman anda, permohonan ADTEC Shah Alam 2020 telah dibuka secara online sehingga 25 November 2019 menerusi Laman Web ILJTM.

Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 Online

Sedia maklum, pengambilan pelajar baru ke Diploma Sepenuh Masa ADTEC Shah Alam akan dibuka dua kali setahun iaitu pada sesi Januari dan Julai. Pusat Latihan Teknologi Tinggi atau mudah dikenali sebagai ADTEC adalah salah satu institusi daripada Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) selain ditawarkan di JMTI dan ILP.

Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi Permohonan ADTEC Shah Alam beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan ADTEC Shah Alam 2020 Online

1. Bagi anda yang berminat boleh buat permohonan terus di laman web http://apps.jtm.gov.my/PermohonanILJTM/.

ATAU:-

2. Muat turun borang permohonan di www.adtecsa.gov.my atau permohonan online di www.jtm.gov.my. Tarikh tutup permohonan pada 25 November 2019.

2. Borang permohonan perlu dihantar ke ;

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) SHAH ALAM,
LOT 5934-1, JALAN BUKIT KEMUNING, SEKSYEN 32,
40460 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

Syarat Kemasukan ADTEC Shah Alam 2020

Antara syarat kemasukan ADTEC Shah Alam adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 17 hingga 35 tahun (semasa memohon)
3. Boleh membaca, menulis & mengira
4. Tidak buta atau buta warna atau rabun atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi di:

HUBUNGI BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR (BHEP) DI TALIAN 03-51612622 SAMB. 133 (PN. HANI) / 134 (PN. ZUBAIDAH)/135 (PN. HAIDA).

Selamat membuat Permohonan ADTEC Shah Alam Sesi Januari 2020! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke ADTEC!

No comments

Powered by Blogger.