Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 Online

Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 Online|BERITA baik buat anda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2018 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 JPA tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 2019 dibuka secara online mulai 1 Julai 2019 hingga tarikh tutup 14 Julai 2019 melalui Portal Rasmi JPA.

Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 Online

Sedia maklum, Program Dermasiswa B40 bertujuan mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma dan sijil profesional daripada keluarga yang berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Program Dermasiswa B40 beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 Online

1. Permohonan dibuka secara atas talian di laman sesawang eSILA
http://esilav2.jpa.gov.my selama tujuh (7) hari mulai 1 Julai 2019 (Isnin) jam 9.00 pagi hingga 7 Julai 2019 (Ahad) jam 4.30 petang.

2. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang eSILA bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan. Calon dibenarkan mendaftar, mengemas kini / meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 Tahun 2019 sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.

Syarat Kelayakan Program Dermasiswa B40 2019

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 adalah seperti berikut:

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 buat kali pertama;
(iv) Umur belum mencapai 19 tahun pada tarikh permohonan (20 tahun bagi pelajar peralihan);
(v) Tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian yang sama; dan
(vii) Pendapatan isirumah ibu bapa / penjaga adalah RM4,359.00 sebulan dan ke bawah.

Semakan Tawaran Program Dermasiswa B40 2019

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang eSILA http://esilav2.jpa.gov.my pada 4 September 2019 (Rabu) jam 5.00 petang.

Permohonan Program Dermasiswa B40 2019 Online

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3297 / 3553 / 3387 (3 talian) mulai 1 hingga 7 Julai 2019 (hari bekerja) jam 9:00 pagi hingga jam 4:30 petang atau kemukakan maklum balas melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).

Selamat membuat permohonan Penajaan Program Dermasiswa B40 tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.