Pendaftaran Tabika Kemas 2020 Online

Pendaftaran Tabika Kemas 2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan Tabika Kemas ambilan 2020 bakal dibuka? Perhatian buat para ibu bapa dan penjaga yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan anak-anak ke Tabika Kemas bagi tahun 2020. Untuk makluman anda, pendaftaran Tabika Kemas 2020 dijangka bakal dibuka secara online pada bulan Jun 2019 menerusi Laman Facebook KEMAS.

Pendaftaran Tabika Kemas 2020 Online

Sedia maklum, pendaftaran Tabika Kemas adalah terbuka kepada anak-anak yang berusia 5 - 6 tahun dan melepasi syarat kemasukan.

Pendaftaran Tabika Kemas 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Tabika Kemas beserta syarat kemasukan:

Cara Pendaftaran Tabika Kemas 2020 Online

1. Pemohon perlu memuat turun borang permohonan menerusi pautan seperti
berikut:
KLIK 👉 TABIKA KEMAS

2. Isikan borang permohonan dengan maklumat yang betul dan lengkap.

Syarat Kemasukan Tabika Kemas Sesi 2020

Antara syarat kemasukan Tabika Kemas 2020 adalah seperti berikut:

1. Kanak-kanak yang mempunyai status
    Warganegara Malaysia sahaja.
2. Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4
    hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-
    kanak berumur 5 dan 6 tahun).
3. Permohonan kemasukan ke Tabika
    KEMAS tahun 2019 akan dibuka mulai
    Jun hingga Oktober 2018.
4. Borang permohonan boleh dimuat turun
    melalui portal Jabatan Kemajuan
    Masyarakat (http://www.kemas.gov.my)
    serta di semua Tabika KEMAS.
5. Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah
    kelas adalah terhad iaitu seramai 25
    orang sahaja.
6. Borang pendaftaran yang telah lengkap
    diisi beserta dokumen yang berkaitan
    hendaklah dihantar terus ke Tabika
    KEMAS yang berdekatan.
7. Pihak Jawatankuasa Pemilihan Tabika
    akan mengeluarkan surat jawapan
    Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga
    kanak-kanak yang terlibat.
8. Surat pemberitahuan permohonan
    Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat
    lewatnya pada minggu kedua bulan
    November 2018.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen penting yang perlu dibawa semasa pendaftaran seperti berikut:

1. Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.
2. Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.
3. Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.
4. Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.
5. Rekod kesihatan kanak-kanak. (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan)

Selamat membuat permohonan Tabika Kemas tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.