Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2020

Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2020|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda Politeknik? Perhatian buat pelajar lepasan Diploma Lanjutan/ Diploma Politeknik yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke peringkat Sarjana Muda Politeknik sesi September 2020. Untuk makluman anda, permohonan Sarjana Muda Politeknik sesi September 2019 boleh dibuat secara online mulai 17 Jun 2019 hingga tarikh tutup 14 Julai 2019.

Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2019

Sedia maklum, permohonan kemasukan program Sarjana Muda Politeknik adalah percuma (tanpa no Unik ID). Pengambilan ini dibuka buat pelajar lepasan Diploma Lanjutan & Diploma Politeknik sahaja.

Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2020

Berikut dikongsikan maklumat penting yang meliputi tarikh dan aplikasi permohonan Sarjana Muda Politeknik beserta syarat kelayakan kemasukan:

Cara Permohonan Sarjana Muda Politeknik September 2020 Online

1. Anda perlu layari Portal Rasmi Politeknik secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.politeknik.edu.my/eborangijazah/

Info Penting:
*Permohonan Program Sarjana Muda ini hanya dibuka kepada lulusan Diploma Politeknik KPM sahaja.

*Pemohon dinasihatkan supaya mencuba capaian Permohonan Dalam Talian e-Borang ini pada waktu yang lain jika percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Ini adalah kerana ada kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian kepada pelayan pangkalan.

*Permohonan tidak lengkap atau maklumat yang mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda gagal diproses.

Senarai Program Ditawarkan Sarjana Muda Politeknik

Antara senarai program ditawarkan Sarjana Muda Politeknik adalah seperti berikut:

1. Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu Dengan Kepujian

2. Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti

3. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam Dengan Kepujian

4. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Elektronik Perubatan) Dengan Kepujian

5. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) Dengan Kepujian

6. Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Rekabentuk Automotif) Dengan Kepujian

7. Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian

Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September 2019

Artikel Berkaitan:

👉 Senarai Alamat Politeknik Malaysia
👉 Permohonan Politeknik 2020 Online

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan sila hubungi kami (Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, KPM) di talian 03-88883837 atau hubungi Politeknik yang berkenaan.

Selamat membuat Permohonan Sarjana Muda Politeknik Sesi September tahun 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.