Semakan WPP PTPTN 2019 Online

Semakan WPP PTPTN 2019 Online|ADAKAH anda peminjam Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN? Perhatian buat anda peminjam WPP yang ingin membuat semakan status permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN secara online. Untuk makluman anda, semakan WPP PTPTN 2019 boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi Laman Web Rasmi PTPTN.

Semakan WPP PTPTN 2019 Online

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Pemotongan sebanyak RM500.00 dilakukan setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik.

Semakan WPP PTPTN 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat yang memaparkan aplikasi Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2019:

Cara Semakan WPP PTPTN 2019 Online

1. Anda perlu layari Portal Rasmi PTPTN secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik pada butang 'Carian' untuk semakan.

Kaedah Menunaikan WPP PTPTN

Berikut adalah proses penerimaan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN:

1. Surat tawaran WPP boleh dicetak daripada portal rasmi PTPTN. Tempoh sahlaku tawaran adalah 2 bulan dari tarikh dikeluarkan.

2. Tawaran WPP hanya boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

i. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN

ii. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

Artikel Berkaitan:

👉 Jadual Tarikh Kemasukan Duit PTPTN 2019
👉 Permohonan WPP PTPTN 2019

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi PTPTN HOTLINE di talian 03 - 2080 4455 atau layari Portal Rasmi https://www.ptptn.gov.my

Selamat membuat Semakan Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.