Permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2020 Online

Permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2020 Online|ADAKAH anda ingin memohon bantuan pinjaman atau biasiswa untuk pengajian di IPTA? Berita baik buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi tahun 2020. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2020 kini boleh dibuat secara online melalui Laman Web Rasmi SACM.

Permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2019 Online

Sedia maklum, Kerajaan Arab Saudi menerusi bahagian Kebudayaan Arab Saudi di Malaysia (SACM) menawarkan biasiswa penuh kepada 300 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di universiti awam di Arab Saudi, kecuali perubatan. Biasiswa Kerajaan Arab Saudi terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang ingin mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah (PhD).

Permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2020 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara online melanin Laman Web SACM di https://my.moe.gov.sa/ atau mendaftar terus di Pejabat SACM, Kuala Lumpur.

Syarat Kelayakan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi

Antara syarat kelayakan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi adalah seperti berikut:

1. Lulus dengan kepujian

2. Peringkat diploma dan ijazah sarjana muda: Pemohon hendaklah berusia 17 hingga 24 tahun.

3. Peringkat ijazah sarjana: Pemohon berusia 24 hingga 30 tahun

4. Peringkat PhD: Pemohon hendaklah berusia 30 hingga 35 tahun.

5. Tidak pernah menerima biasiswa dari mana-mana institusi pengajian di Arab Saudi.

6. Pelajar wanita hendaklah diiringi penjaga (mahram) yang di bawah tajaan atau pemegang permit yang sah.

7. Surat sokongan untuk pelajar pengajian tinggi.

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.