Permohonan Biasiswa Karangkraf 2019 Online

Permohonan Biasiswa Karangkraf 2019 Online|ADAKAH anda ingin memohon bantuan pinjaman atau biasiswa untuk pengajian di IPTA? Berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Biasiswa Karangkraf tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Biasiswa Karangkraf 2019 kini boleh dibuat secara online sehingga tarikh tutup 31 Disember 2019 melalui Laman Web Rasmi Karangkraf.

Permohonan Biasiswa Karangkraf 2019 Online

Permohonan Biasiswa Karangkraf 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa Karangkraf beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Biasiswa Karangkraf 2019 Online

1. Pemohon boleh muat turun borang permohonan melalui laman web di http://www.karangkraf.com/dana

2. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah diemelkan atau pos ke alamat seperti berikut:

Biasiswa KarangKraf, Kumpulan Media
KarangKraf,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3,
Off Persiaran Selangor, Seksyen 15,
40200, Shah Alam, Selangor.

Syarat Kelayakan Biasiswa Karangkraf 2019

Antara syarat kelayakan Biasiswa Karangkraf 2019 adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

◾Calon adalah warganegara Malaysia dan berumur kurang daripada 25 tahun.

◾Aktif dalam sukan dan aktiviti kokurikulum.

◾Tidak terlibat dan terikat dengan mana-mana dana pendidikan atau pinjaman pendidikan yang lain.

◾Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM5,000.

B. Syarat Akademik

◾Keputusan cemerlang dalam SPM minimum 8 Kepujian.

◾STPM/ Matrikulasi, Diploma atau Setaraf dengannya sekurang-kurangnya 3.00.

Cara Hubungi

Sebarang keterangan lanjut, boleh terus hubungi 03 - 5101 3325/3327 atau layari ke laman web http://www.karangkraf.com/dana

Selamat membuat Permohonan Biasiswa Karangkraf 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.