Permohonan UPNM Sesi 2019/2020 Online

Permohonan UPNM Sesi 2019/2020 Online|BILAKAH tarikh permohonan UPNM ambilan 2019 bakal dibuka? Panduan buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) ambilan 2019/2020. Untuk makluman anda, permohonan UPNM 2019/2020 boleh dibuat secara online mulai 25 Februari 2019 hingga 2 April 2019 melalui Portal Rasmi UPUOnline.

Permohonan UPNM Sesi 2019/2020 Online

Sedia maklum, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia atau singkatan kepada UPNM merupakan sebuah universiti yang bertujuan melahirkan pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mempunyai ijazah pertama. UPNM dibahagikan kepada 2 kategori pelajar iaitu Pegawai Kadet dan Pelajar Awam.

Permohonan UPNM Sesi 2019/2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan UPNM 2019/2020 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi UPU secara dalam talian (online) sebaik sahaja permohonan dibuka dan meletakkan UPNM sebagai pilihan pertama.
KLIK 👉 http://upu.moe.gov.my/

2. Fakulti akan membuat saringan data berdasarkan syarat kemasukan. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga.

Syarat Kemasukan UPNM 2019/2020

Antara syarat kemasukan UPNM 2019/2020 adalah seperti berikut:

A. Syarat Am Kemasukan Lepasan SPM/ Setaraf

1. Warganegara Malaysia; dan
2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan mendapat sekurang-
kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata
pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM.

B. Syarat Am Kemasukan Lepasan STPM/ Setaraf

- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai.
- Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang kurangnya: Gred C
(NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am;
- Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain;
- Mendapat sekurang-kurangnya Band 2 bagi setiap program yang dipohon
manakala Band 3 bagi program Perubatan dan Sains Sosial (Bahasa dan Komunikasi Silang Budaya) sahaja dalam Malaysian University English Test (MUET).

Senarai Program Yang Ditawarkan

Program di peringkat Asasi iaitu :

i. Asasi Perubatan
ii. Asasi Kejuruteraan dan Teknologi
iii. Asasi Pengurusan dan Strategi

Terdapat beberapa program di peringkat Ijazah Sarjana Muda adalah :

i. Ijazah Sarjana Muda Doktor Perubatan
ii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam
iii. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal
iv. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (komunikasi)
v. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (Kuasa)
vi. Ijazah Sarjana Muda Penerbangan
vii. Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maritim
viii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Logistik dan Pengangkutan Maritim
ix. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kepujian)
x. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Keselamatan Sistem Komputer)
xi. Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Sistem Cerdas)
xii. Ijazah Sarjana Muda Penyelidikan Operasi dengan Sains Data
xiii. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Strategi
xiv. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan
xv. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pertahanan dan Keselamatan
xvi. Ijazah Sarjana Muda Pertahanan dan Keselamatan Islam
xvii. Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Kepolisan, Keselamatan Global dan Perisikan

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Ketua Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Kem Sg. Besi Perdana
57000 Kuala Lumpur
Telefon: 03-90513400
Faks: 03-90512657
Emel: akademik@upnm.edu.my
Web: www.upnm.edu.my

Selamat membuat permohonan UPNM Sesi 2019/2020 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran UPNM!

No comments

Powered by Blogger.