Permohonan Program Prauniversiti KPM-MSN 2019-2020 Online

Permohonan Program Prauniversiti KPM-MSN 2019-2020 Online|ADAKAH anda calon lepasan SPM? Berita baik buat calon yang bertaraf atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/ Negeri. Untuk makluman anda, permohonan Program Prauniversiti KPM-MSN Sekolah Sukan Malaysia sesi 2019/2020 dibuka secara online mulai 10 Mac 2019 hingga tarikh tutup 5 April 2019.

Permohonan Program Prauniversiti KPM-MSN 2019-2020 Online

Permohonan Program Prauniversiti KPM-MSN 2019-2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Program Prauniversiti KPM-MSN 2019-2020 Online

1. Mengisi dan melengkapkan borang permohonan secara online di https://prau.moe.gov.my

2. Mencetak Borang Permohonan (A-D), Lampiran E,F,G,dan H DAN Melengkapkan maklumat pada ruang berikut:-
◾Ruang E. Ulasan Jurulatih
◾Ruang F. Ulasan Penolong Kanan Sukan/ ◾Penolong Kanan Koku
◾Ruang G. Perakuan
◾Ruang H. Pengesahan

3. Menghantar borang permohonan yang lengkap beserta salinan dokumen yang berkaitan yang telah DISAHKAN secara pos dan perlu sampai ke Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni sebelum atau pada tarikh tutup permohonan online.

4. Permohonan calon yang tidak layak / maklumat tidak tepat / tidak lengkap dan lewat daripada tarikh tutup tidak akan diproses.

5. Sila hantar borang tersebut ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pendidikan Sukan dan Seni
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1 & 7, Blok E13, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Sekolah Sukan Malaysia)

Syarat Kelayakan Permohonan Program Prauniversiti KPM-MSN

Antara syarat kelayakan Permohonan Program Prauniversiti KPM-MSN 2019-2020 adalah seperti berikut:

1. Calon yang bertaraf atlet negara atau berada di dalam Program Majlis Sukan Negara/Negeri sahaja yang layak memohon kursus ini.

2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada tarikh pendaftaran tahun kemasukan.

3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 05 April 2019. Sebarang permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan.

4. Anda boleh mengemaskini maklumat peribadi anda TANPA HAD sebelum tarikh tutup permohonan. Namun begitu, anda perlu menghantar secara pos borang dan sijil SEKALI SAHAJA walaupun terdapat pengemaskinian maklumat peribadi.

Selamat membuat Permohonan Program Prauniversiti KPM-MSN 2019-2020 secara online!

No comments

Powered by Blogger.