Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)|BILAKAH tarikh permohonan Program Penajaan Nasional tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan Program Penajaan Nasional (PPN) JPA tahun 2024. Untuk makluman anda, Program Penajaan Nasional JPA 2024 boleh dibuat secara online mulai 12 hingga 23 Jun 2023 melalui Portal Rasmi JPA. Berikut dikongsikan Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Sedia maklum, Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar terbaik lepasan Sijil Pelajaran 
Malaysia (SPM) tahun 2022 untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2023. Bagi penajaan Ijazah Pertama, pelajar diberi pilihan 20 
universiti yang ditetapkan dan disesuaikan berdasarkan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings 2023/2024 mengikut bidang. Senarai 20 universiti ini melibatkan tiga buah negara yang dikenal pasti iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia.

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan permohonan Penajaan Nasional JPA beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi JPA secara atas talian (online) melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan/index.php?program=PPN

2. Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan ujian psikometrik yang akan dibuka mulai 12 Jun 2023 (12.00 tengah hari) hingga 16 Jun 2023 (11.59 malam) melalui Sistem eProfiling. Calon yang tidak menduduki ujian psikometrik ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Ujian Psikometrik dan Slip Pengesahan Permohonan Program Penajaan Nasional Tahun 2023 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

4. Permohonan bagi calon yang ingin menggunakan hasil keputusan semakan semula SPM tidak akan dipertimbangkan sekiranya diterima selepas tarikh tutup permohonan iaitu pada 16 Jun 2023.

Syarat Kelayakan Program Penajaan Nasional JPA 2024

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Biasiswa JPA PPN adalah seperti berikut:

A. Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Mempunyai kesihatan yang baik;
(iii) Ubu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
(iv) Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di manamana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian;
(v) Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki; dan
(vi) Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.

B. Syarat Khusus

1. Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi matapelajaran berikut:
- Bahasa Melayu;
- Bahasa Inggeris;
- Matematik;
- Sejarah
- Matematik Tambahan;
- Fizik;
- Kimia;
- Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah/ 
- Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul Al-Din/ AlSyariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat AlIslamiah; dan
- Satu (1) mata pelajaran lain; 
DAN JIKA ADA
2. Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain

Semakan Keputusan Program Penajaan Nasional (PPN) 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Program Penajaan Nasional (PPN) tahun 2024:

1. Keputusan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang http://www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my/ pada 4 Ogos 2023 (Jumaat).

2. Sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari selepas tarikh keputusan, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

Permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2023 Online (Semakan Keputusan)

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis
👉 Permohonan Biasiswa Program Penajaan 9A+

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan hubungi talian 03-8885 3297 atau mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel 
lepasanspm2023@jpa.gov.my (e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja)

Selamat membuat permohonan Program Penajaan Nasional JPA 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa PPN JPA!

No comments

Powered by Blogger.