Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2019 Online

Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2019 Online|BERITA baik buat pelajar IPTA yang ingin mendapatkan bantuan pinjaman pelajaran atau biasiswa. Untuk makluman, permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) bakal dibuka secara online pada 14 hingga 21 Mac 2019 melalui Portal Rasmi Universiti Teknologi Malaysia (UTP).

Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2019 Online

Sedia maklum, permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) terbuka kepada rakyat Malaysia yang lain untuk meneruskan pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang minyak dan gas bidang berkaitan. Calon yang layak akan disenarai pendek dan ditemuramah sebelum pemilihan akhir.

Permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Biasiswa PETRONAS beserta syarat kelayakan permohonan dan bidang pengajian:

Tarikh Permohonan Biasiswa PETRONAS 2019

◾Tarikh Dibuka: 14 Mac 2019
◾Tarikh Ditutup: 21 Mac 2019

Cara Permohonan Biasiswa PETRONAS 2019 Online

1. Bagi pemohon program UTP, pemohon boleh mengemukakan permohonan secara atas talian (online) di http://www.utp.edu.my/.

2. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui PETRONAS Pendidikan Tajaan Portal:
KLIK 👉 https://educationsponsorship.petronas.com.my

Syarat Kelayakan Biasiswa PETRONAS 2019

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa PETRONAS adalah seperti berikut:

◾Mestilah Warganegara Malaysia.
◾Berumur antara 17 hingga 19 pada tahun 2019.
◾Mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi dan bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Senarai Bidang Pengajian Ditaja

Teknikal: Kimia Gunaan, Kejuruteraan kimia, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Geologi / Geofizik, Kejuruteraan Bahan / Bahan Sains, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Petroleum Geosains

Bukan Teknikal : Akaun / Perdagangan / Kewangan, Sains Aktuari / Statistik, Sains Komputer, Ekonomi, Undang-undang, Psikologi

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Biasiswa Shell Malaysia 2019

Selamat membuat permohonan Biasiswa PETRONAS (PESP) tahun 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Biasiswa PETRONAS!

No comments

Powered by Blogger.