Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online (Semakan Status)

Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online (Semakan Status)|BILAKAH tarikh permohonan Pinjaman Pelajaran Dalam Negara YPJ tahun 2024 bakal dibuka? Berita baik buat warga negeri Johor yang ingin membuat permohonan bantuan pinjaman pelajaran IPTA & IPTS di Malaysia. Untuk makluman anda, permohonan Pinjaman YPJ 2024 boleh dibuat secara online mulai 17 hingga 30 Mac 2024 menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor. Berikut Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online (Semakan Status)

Sedia maklum, Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) akan membuka permohonan bagi mahasiswa anak Negeri Johor yang melanjutkan pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa menerusi Pinjaman Pelajaran Dalam Negara 2024. YPJ merupakan yayasan yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman atau biasiswa bagi mahasiswa anak-anak negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.

Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online (Semakan Status)

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan Pinjaman YPJ beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan Pinjaman YPJ 2024

◾Tarikh Dibuka: 17 Mac 2024
◾Tarikh Ditutup: 30 Mac 2024

Pelajar IPT & Kolej Yang Layak Mohon

A. IPTA 
- Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

B. Kolej

- Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) (Diploma sahaja)
- Kolej Kemahiran Johor (KKJ) (Sijil Kemahiran & Diploma Kemahiran sahaja)

Syarat Kelayakan Pinjaman YPJ 2024

Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Pinjaman YPJ Tahun 2024:

A. Syarat Am

- Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor.
- Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan.
- Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu 1 tahun.
- Pemohon tiada penaja lain (pinjaman/biasiswa).
- Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa.’
- Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa dan kelulusan).
- Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima.

Cara Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online

1. Layari laman web YPJ secara online menerusi pautan di http://prolims.ypj.gov.my/.

2. Kemudian, klik bahagian ‘Permohonan Pra Pendaftaran.’

3. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik pada butang ‘Daftar Pra Permohonan.’

4. Log masuk dengan memasukkan ID dan Kata Laluan yang didaftarkan.

5. Sediakan dokumen yang diperlukan. Masukkan kesemua dokumen sokongan & permohonan kedalam sampul surat berwarna coklat bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.

6. Tuliskan Jenis Permohonan di penjuru kanan atas jenis permohonan yang di pohon iaitu Pinjaman Pelajaran Dalam Negara/Skim Bantuan Pendaftaran.

7. Masuk ke dalam peti berkunci di pejabat YPJ (bagi yang memilih kaedah serahan tangan) atau bagi yang memilih kaedah POS, dokumen yang telah dimasuk ke dalam sampul surat tersebut boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai tracking number.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar ke pejabat YPJ adalah seperti berikut:

Salinan Kad Pengenalan pelajar.
Salinan Sijil Kelahiran.
Salinan Kad Pengenalan ibu dan bapa atau penjaga.
Salinan Penyata Pendapatan ibu dan bapa/penjaga (slip haji/penyata pendapatan).
Salinan Surat Tawaran IPT.
Salinan Sijil Berhenti Sekolah.
Salinan Sijil SPM.
Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (jika berkaitan).
Salinan Sijil Kematian/Penceraian (jika berkaitan).
Salinan Bil Elektrik dan Bil Air yang terkini.

Semakan Keputusan Pinjaman YPJ 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Pinjaman YPJ tahun 2024:

*Akan dikemaskini

Permohonan Pinjaman YPJ 2024 Online (Semakan Status)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Pinjaman YPJ, sila layari laman web http://portal.ypj.gov.my/ atau menghubungi di talian 07-2344 355/013-729 0355 (whatsapp)

Selamat membuat permohonan Pinjaman YPJ tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Pinjaman Yayasan Pelajaran Johor!

1 comment:

  1. Pinjaman komersial dan peribadi pada kadar faedah 2%, Kelulusan dan pemindahan pinjaman mengambil masa dua hari bekerja sahaja untuk maklumat lanjut hubungi:skyfinance88@gmail.com
    What'sApp:+13013649726

    ReplyDelete

Powered by Blogger.