Permohonan Insentif Harapan Siswa 2019 Online

Permohonan Insentif Harapan Siswa 2019 Online|ADAKAH anda penuntut IPTA & IPTS? Perhatian buat warga negeri Johor yang ingin membuat permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ Johor tahun 2019. Menerusi Portal Rasmi Yayasan Pelajaran Johor, permohonan Insentif Harapan Siswa YPJ Johor 2019 boleh dibuat secara online mulai 1 Februari hingga tarikh tutup 28 Februari 2019.

Permohonan Insentif Harapan Siswa 2019 Online

Permohonan ini terbuka buat pemohon yang mendapat tawaran pengajian peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di IPTA dan IPTS.

Permohonan Insentif Harapan Siswa 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang meliputi tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan dan dokumen penting:

Cara Permohonan Insentif Harapan Siswa 2019

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi YPJ
secara online di http://portal.ypj.gov.my/skim-bantuan-pendaftaran-sbp/.

2. Pastikan maklumat borang permohonan diisi dengan betul dan lengkap.

Syarat Am Kelayakan Insentif Harapan Siswa 2019

Antara syarat am kelayakan Insentif Harapan Siswa YPJ 2019 adalah seperti berikut:

◾Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
◾Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
◾Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
◾Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
◾Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
◾Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
◾Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
◾Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen penting yang diperlukan:

◾Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
◾Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
◾Salinan Kad Pengenalan Pelajar
◾Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
◾Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
◾Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
◾Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Permohonan Insentif Harapan Siswa 2019 Online

Jumlah Bantuan Insentif Harapan Siswa YPJ

◾Diploma: RM 500
◾Ijazah Sarjana Muda: RM 100

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan Pinjaman YPJ 2019

Cara Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

No. 15, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Larkin Jaya
Kg Dato’ Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru
Johor
Tel: 07-2344355
Faks: 07-2344434
Email: info@ypj.gov.my

Selamat membuat permohonan Insentif Harapan Siswa tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.