Semakan Syarat Kelayakan UPU iMASCU 2019

Semakan Syarat Kelayakan UPU iMASCU 2019|TERLEBIH dahulu ingin mengucapkan tahniah kepada yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Adakah anda berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam? Kini, calon yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh membuat semakan syarat kelayakan jurusan melalui Sistem Semak Syarat.

Semakan Syarat Kelayakan UPU iMASCU 2019

Sistem Semak Syarat iMASCU adalah aplikasi secara online yang telah dilancarkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan UPU. Program pengajian dan UA/ IPTA yang boleh dipohon akan dipaparkan berdasarkan keputusan peperiksaan yang diperolehi oleh pelajar.

Semakan Syarat Kelayakan UPU iMASCU 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi semakan syarat kelayakan UPU secara online melalui Sistem Semak Syarat i-MASCU:

A. Login iMASCU

◾Pemohon perlu layari Laman Web
     iMASCU melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 SEMAK SYARAT

B. Isikan Maklumat Pelajar

◾Isikan maklumat yang diperlukan oleh
    sistem seperti No. MyKAD, Nama, Email,
    No. Tel dan Kategori.

C. Keputusan Yang Diperolehi

◾Isikan maklumat mata pelajaran dan
     keputusan peperiksaan yang diperolehi.
◾Klik pada butang 'SEMAK'.
◾Sistem akan memaparkan kelayakan
     pemohon untuk memohon jurusan yang
     ditawarkan UA.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM dan Politeknik

Bagi pelajar yang ingin memasuki UITM dan Politeknik, semakan syarat kelayakan permohonan boleh dibuat secara online seperti berikut:

👉 Sistem Selangkah UITM
👉 e-Semak Politeknik

Semoga perkongsian Semakan Syarat Kelayakan Permohonan UPU i-MASCU ini dapat membantu pelajar membuat semakan syarat kelayakan UPU!

No comments

Powered by Blogger.