Permohonan USM 2024 (Ijazah Sarjana Muda & Diploma Kejururawatan)

Permohonan USM 2024 (Ijazah Sarjana Muda & Diploma Kejururawatan)|PANDUAN buat anda yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) ambilan tahun 2024 bagi program Ijazah Sarjana Muda. Untuk makluman anda, permohonan Diploma Kejururawatan USM sesi 2024 bakal dibuka secara online mulai 14 Februari 2024 hingga tarikh tutup 19 April 2024 menerusi Portal Rasmi USM. Berikut dikongsikan Permohonan Diploma Kejururawatan USM 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan USM 2019 (Ijazah Sarjana Muda & Diploma Kejururawatan)

Permohonan USM 2024 (Ijazah Sarjana Muda & Diploma Kejururawatan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan USM beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Tarikh Penting Permohonan USM 2024

◾Ijazah Sarjana Muda: *Akan dikemaskini
◾Diploma Kejururawatan: 14 Februari 2024 - 19 April 2024

Cara Permohonan Kemasukan USM 2024 Online

1. Dapatkan no rujukan USM Diploma Kejururawatan melalui ePayment USM dengan bayaran RM60.00.

2. Kemudian, daftar di Portal Rasmi USM dan pilih kategori permohonan mengikut kelayakan Akademik calon.

3. Memuat naik dokumen Akademik dan dokumen lain yang berkaitan.

4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

Syarat Kemasukan Diploma Kejururawatan USM 2024

Berikut dikongsikan Syarat Kemasukan Diploma Kejururawatan USM sesi 2024:

A. SYARAT AM

- Lulus SPM/ Setaraf 
- Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Melayu Kertas Julai 
- Lulus dalam mata pelajaran Sejarah 

B. SYARAT KHAS

i. Lulus SPM / SPMV dengan lima (5) Kepujian:-
- Mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa 
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik / Matematik Tambahan. 
- Mendapat Kepujian dalam mana‐mana satu (1) mata pelajaran berikut:-
Sains
Biologi 
Kimia 
Fizik 
Applied Science
- Mendapat Kepujian dalam mana‐mana satu (1) matapelajaran lain. 
DAN
ii.  Cemerlang dalam penilaian temu duga. 

Nota:
- Calon perlu memenuhi syarat status kesihatan berikut:-
◾Semua calon mesti disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dalam masa satu bulan daripada mengikuti program kejururawatan. 
- Calon tidak dibenarkan mengikuti program kejururawatan jika mempunyai masalah kesihatan berikut:
‐ HIV / AIDS
‐ Hepatitis B
‐ Hepatitis C
‐ Masalah kesihatan mental 
‐ Epilepsi 
‐ Buta warna
- Calon tidak mempunyai sebarang ketidakupayaan fizikal atau ketidakupayaan deria yang boleh menghalang dalam melakukan kemahiran kejururawatan.

Semakan Keputusan USM 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan USM 2024 secara online:

*Akan dikemaskini

Permohonan USM 2024 (Ijazah Sarjana Muda & Diploma Kejururawatan)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan USM, sila hubungi di:

UNIT PENGAMBILAN PELAJAR
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK
JABATAN PENDAFTAR
ARAS 2, BANGUNAN CANSELORI
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
11800 USM PULAU PINANG

No. Tel : 1 300 888 876 / 04-653 3196
No. Faks : 04 653 3328
Waktu : Isnin – Jumaat (8:10 AM – 5:10 PM)
Email : admissions@usm.my

Selamat membuat permohonan USM Ijazah Sarjana Muda & Diploma Kejururawatan tahun 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke USM!

No comments

Powered by Blogger.