Permohonan Kad Debit Pelajar 2019 Online (KADS1M)

Permohonan Kad Debit Pelajar 2019 Online (KADS1M)|BILAKAH tarikh permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M bagi tahun 2019? Perhatian buat pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Sepertimana yang diketahui dalam Bajet 2018, Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) akan diteruskan melalui pembayaran Kad Debit Siswa 1Malaysia (KADS1M). Untuk makluman anda, permohonan KADS1M Debit 2019 akan dimaklumkan kelak.

Permohonan Kad Debit Pelajar 2019 Online (KADS1M)

Sedia maklum, Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diwujudkan untuk meringankan perbelanjaan siswa di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara. Setiap pelajar akan menerima KADS1M bernilai RM 250 sahaja.

Permohonan Kad Debit Pelajar 2019 Online (KADS1M)

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai cara permohonan, syarat kelayakan permohonan beserta dokumen penting:

Cara Permohonan Kad Debit Pelajar 2019

1. Anda perlu isi borang permohonan
    secara online melalui pautan
    di http://www.bankrakyat.com.my

2. Isikan maklumat yang diperlukan
    dengan lengkap dan tepat.

3. Kemudian, pemohon perlu menunggu
    email dari Bank Rakyat mengenai
    pengambilan KADS1M.

4. Status permohonan akan disahkan
    melalui emel permohonan oleh Bank
    Rakyat.

Syarat Kelayakan Permohonan KADS1M

Antara syarat kelayakan permohonan KADS1M adalah seperti berikut:

1. Semua pelajar IPT awam dan swasta yang mengikuti pengajian jangka panjang peringkat sijil, diploma atau ijazah ke atas yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas layak mendapat KADS1M.

2. Terpakai bagi pelajar-pelajar IPT yang diiktiraf oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian / Agensi lain yang berkaitan.

Dokumen Penting Yang Diperlukan

Antara dokumen diperlukan ketika pengambilan KAD1SM adalah seperti berikut:

A. Umur di bawah 18 tahun

◾MyKad ( Asal & 1 Salinan )
◾Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )
◾Sijil Kelahiran ( Asal & 1 Salinan )

B. Umur 18 tahun dan ke atas

◾MyKad ( Asal & 1 Salinan )
◾Kad Pelajar ( Asal & 1 Salinan )


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan KADS1M, sila hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di talian 1300 80 5454.

Selamat membuat permohonan Kad Debit Pelajar KADS1M tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.