Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2019

Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2019|ADAKAH anda berminat membuat permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM tahun 2019? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2019 boleh dibuat secara online mulai 1 Januari hingga tarikh tutup 31 Mac 2019.

Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2019

Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2019

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM beserta jumlah kadar bantuan:

Cara Permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM 2019

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi
MAIDAM secara online melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.espmb.com/maidam_zakat/

2. Pemohon perlu mencetak borang yang telah diisi dan menghantar ke Ibu Pejabat MAIDAM ( bagi pelajar luar negara) atau Pusat Urusan Zakat Daerah (bagi pelajar dalam negara) beserta dokumen berikut:

i. Surat Pengesahan dari Attase Pendidikan Negeri Terengganu /Jabatan Penuntut Malaysia / Kedutaan Besar Malaysia tentang status terkini pelajar luar Negara atau dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar sekiranya pelajar dalam negara yang mengandungi maklumat berikut:

- Bidang Pengajian
- Tahun Pengajian
- Pinjaman/ Pembiayaan semasa
- Keputusan peperiksaan
- Status pengajian sama ada dalam tempoh sebenar / penangguhan semester

ii. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu dan bapa / penjaga.

iii. Salinan slip gaji ibu dan bapa/ penjaga atau akuan pendapatan bulanan bagi yang
bekerja sendiri / pemohon dan pasangan jika bekerja.

iv. Keputusan peperiksaan semua semester pengajian untuk pelajar dalam dan luar negara yang telah disahkan oleh bahagian akademik IPT berkenaan.

v. Pengesahan bermastautin di Terengganu.

vi. Salinan nombor akaun bank ( BIMB/ HSBC/ CIMB/ MAYBANK/ BSN dll).

vii. Sijil-sijil akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan dan disahkan.

Jumlah Kadar Bantuan 

a. Para pelajar (Dalam Negara) yang mendapat pinjaman PTPTN dan lain-lain agensi pemberi pinjaman pengajian/penaja pengajian memperolehi Purata Nilai Gred atau Grade point Average (GPA) 2.5 ke atas dalam semester pertama sesi akademik semasa, layak mendapat Bantuan Am Pelajaran dengan kadar khusus secara tahunan seperti berikut:

Bil.   Tahap Pengajian   Dalam Negara RM

1.             Diploma                         800.00
2.         Ijazah Pertama              1,000.00
 
b. Lain-lain kadar bantuan adalah berdasarkan keputusan MAIDAM dari semasa ke semasa.

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Zakat MAIDAM

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
Pusat Pentadbiran Islam Negeri,
Komplek Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad
20519 Kuala Terengganu.
Terengganu.
Tel; 09-6303030
Fax:09-6247917
E-mail : info@maidam.gov.my

Selamat membuat Permohonan Zakat IPTA/IPTS MAIDAM tahun 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran Zakat MAIDAM!

No comments

Powered by Blogger.