e-Panduan Semakan Syarat Kelayakan UPU 2019 Online

e-Panduan Semakan Syarat Kelayakan UPU 2019 Online|APAKAH syarat terkini kemasukan dan senarai program pengajian yang ditawarkan untuk kemasukan Universiti Awam? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) sesi akademik 2019/2020. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat semakan syarat kemasukan dan senarai program pengajian secara online melalui sistem e-Panduan.

e-Panduan Semakan Syarat Kelayakan UPU 2019 Online

e-Panduan Semakan Syarat Kelayakan UPU 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi e-Panduan Semakan Syarat Kemasukan UPU yang mempunyai 3 fungsi utama iaitu pengenalan UA/ Politeknik, senarai program dan syarat khas:

A. Fungsi Pengenalan UA/ Politeknik

Anda boleh membuat semakan pengenalan setiap universti awam di Malaysia bagi lepasan SPM, STPM dan Setaraf untuk mengetahui maklumat penuh alamat, nombor telefon dan latar belakang lain institusi berkenaan.

B. Fungsi Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Untuk bahagian ini, pelajar boleh memilih senarai program pengajian yang ditawarkan di setiap institusi di Malaysia. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui jenis kod dan program yang ditawarkan di institusi yang ditawarkan.

C. Fungsi Syarat Am/ Khas Program

Bagi fungsi ini anda boleh mengetahui syarat am dan khas bagi setiap program yang ditawarkan. Calon boleh ketahui maklumat berkenaan tentang universiti, kategori, aliran dan fakulti.

Artikel Berkaitan:

👉 Kategori Permohonan UPU Lepasan SPM/Setaraf & STPM/Setaraf
👉 Tarikh Penting Permohonan UPU 2019/2020

Cara Hubungi

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai UPU anda boleh hubungi UPU di :

Facebook Page: Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
Talian Helpline: (03) 8870 8200, (03) 88706767, (03) 8870 6777

Semoga perkongsian e-Panduan Semakan Syarat Kelayakan UPU 2019 ini dijadikan rujukan buat semua pelajar!

No comments

Powered by Blogger.