Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2019 Online

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2019 Online|BERITA baik buat pelajar IPT khususnya buat warga Selangor yang berminat membuat pinjaman pendidikan kemasukan ke Universiti Awam. Menerusi Portal Rasmi Zakat Selangor, permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS IPT) 2019 boleh dibuka secara online mulai 25 November 2018 hingga tarikh tutup 31 Januari 2019.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2019 Online

Sedia maklum, Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor (SPZAS) merupakan inisiatif Lembaga Zakat Selangor yang bertujuan meringankan beban kos pengajian pelajar yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) dalam negara. Setiap permohonan yang diluluskan akan menerima kadar sumbangan sebanyak RM700 bagi setiap peringkat pengajian.

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan SPZAS IPT

◾Tarikh Permohonan: 25 November 2018
     hingga 31 Januari 2019

Cara Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2019

1. Pemohon perlu layari laman web Lembaga Zakat Selangor (LZS) secara online menerusi pautan di www.zakatselangor.com.my/spzas.

2. Sumbangan ini adalah berbentuk sumbangan one-off sahaja.

Syarat Kelayakan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor


Antara syarat kelayakan permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor adalah seperti berikut:

1. Beragama Islam.

2. Warganegara Malaysia.

3. Lahir dan menetap di Selangor

4. Bermastautin dan masih menetap di Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun

5. Permohonan hanya untuk semester kedua(IPTA/IPTS)/SKM tahap dua(ILK/ILKS) dan ke atas sahaja

6. Pendapatan seisi rumah hendaklah melebihi haddul kifayah iaitu garis kecukupan seseorang dalam penentuan asnaf. Namun, jumlah lebihan tersebut tidak melebihi RM5,000.

7. Permohonan hanya terbuka kepada pelajar IPT dalam negara bagi semester/tahap dua (2) dan ke atas yang melanjutkan pengajian di peringkat:
◾Sijil
◾Pra-Diploma/Asasi/Matrikulasi
◾Diploma/Diploma Lanjutan
◾Ijazah Sarjana Muda/Sijil Professional
◾Ijazah Sarjana (Master)

Permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor 2019 Online

Artikel Berkaitan:

👉 Semakan Status Bantuan Zakat Selangor 2018

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan sila hubungi di Talian Zakat Selangor 1 300 88 4343.

Selamat membuat permohonan Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor tahun 2019 secara online!

No comments

Powered by Blogger.