Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Online (Syarat Kemasukan)

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Online (Syarat Kemasukan)|ADAKAH anda pelajar Tahun Enam (6)? Perhatian buat pelajar lepasan UPSR 2023 yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) ambilan tahun 2024. Menerusi Portal Rasmi ASBF, permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 akan dibuka secara online pada 2 Oktober 2023 hingga 2 November 2023. Berikut dikongsikan Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 buat rujukan anda.

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Online (Syarat Kemasukan)

Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Online (Syarat Kemasukan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Asrama Semai Bakti FELDA beserta syarat kemasukan dan tarikh penting:

Tarikh Penting Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024

◾Tarikh Dibuka: 2 Oktober 2023
◾Tarikh Ditutup: 2 November 2023
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 http://asbfonline.felda.net.my

Cara Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 Online

1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) menerusi pautan di http://asbfonline.felda.net.my.

2. Sila lengkapkan semua ruangan
butir-butir pilihan asrama dan pilihan tempat temuduga. Tanda * adalah medan wajib diisi!

3. Sila klik “ Simpan dan Papar” jika
pemohon masih ingin mengemaskini maklumat.

4. Sila klik “Sah dan Hantar” sekiranya pemohon pasti maklumat yang diisi telah
lengkap.

Syarat Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA 2024

A. SYARAT UTAMA

1. Memperolehi keputusan UPSR 2019 sekurang-kurangnya gred minima 2A 4B *tertakluk kepada perubahan semasa

2. Mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains

3. Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris.

4. Berstatus anak / cucu Peneroka atau anak kakitangan kumpulan FELDA .

5. Mempunyai pengesahan kesihatan oleh pegawai perubatan.

B. SYARAT TAMBAHAN

1. Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.

2. Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan tatatertib.

Tarikh Penting Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA 2024

Berikut dikongsikan tarikh penting kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA 2024:

*Akan dikemaskini

Lokasi Asrama

Terdapat 3 lokasi Asrama Semai Bakti di seluruh negara iaitu:

- Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur
- Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru 
- Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang

Info Lanjut 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Asrama Bakti FELDA, sila hubungi di:

Jabatan Pendidikan FELDA,
Tingkat 37, Menara FELDA,
Platinum Park,
No. 11 Persiaran KLCC,
50088 Kuala Lumpur.

No Tel: 03-2191 2056 / 03-2191 2057 / 03-2191 2011 / 03-2191 2071
No Fax: +603-2191 2593
Emel: edu.unit@felda.net.my

Selamat membuat Permohonan Asrama Semai Bakti FELDA 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke Asrama Semai Bakti FELDA!

No comments

Powered by Blogger.