Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM/ Setaraf|APAKAH syarat kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan IPTA bagi tahun 2024? Bagaimana cara pengiraan merit UPU tahun 2024/2025 bagi Lepasan SPM & STPM/Setaraf? Panduan buat pelajar lepasan SPM & STPM/Setaraf yang berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Awam/ Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ambilan tahun 2024. Berikut dikongsikan Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf buat rujukan pelajar.

Cara Pengiraan Merit UPU Lepasan SPM/ Setaraf

Sedia maklum, Kalkulator merit membolehkan calon lepasan SPM membuat kiraan markah merit menerusi konsep meritokrasi (90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum). Melalui pengiraan merit ini, lepasan SPM boleh membandingkan markah merit yang diperolehi dengan purata markah merit calon yang ditawarkan untuk setiap program pengajian.

Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan contoh pengiraan merit UPU 2024/2025 bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf:

Cara Pengiraan Merit UPU 2024/2025 Lepasan SPM

◾UA & Politeknik Premier: 90% markah akademik dan 10% markah kokurikulum
◾Politeknik Konvensional/ Metro, Kolej Komuniti dan ILKA: 75% markah akademik, 10% markah kokurikulum dan 15% Status Sosial Ekonomi (SES)

Panduan Pengiraan Kalkulator Merit SPM

Berikut dikongsikan cara penggunaan kalkulator merit UPU:

1. Masukkan keputusan Gred Mata Pelajaran Universal yang diperolehi.

2. Pilih pakej Mata Pelajaran:
- STEM A
- STEM B
- STEM C
- KSI / Lain-lain

Nota: Rujuk kaunselor sekolah untuk kenalpasti pakej

3. Kemudian, pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik.

4. Pilih dan masukkan gred Mata Pelajaran terbaik yang belum diambil kira.

5. Seterusnya, masukkan markah ko-kurikulum diruangan yang disediakan.

6. Tekan butang kira. Markah merit akan dipaparkan diruangan yang disediakan.

Info Penting:
◾Pilihan 1 tu sangat penting, kerana dari sistem tersebut akan memberikan program yang paling sesuai kepada pemohon yang layak dan melepasi semua syarat. Maka letaklah program yang anda rasakan paling berpotensi untuk anda dapat!

- Kalau markah merit tinggi, anda boleh meletakkan Asasi / Matrikulasi / IPGM / Politeknik Premier
- Kalau markah merit sederhana, anda disarankan untuk memilih Diploma di UA / Politeknik Konvensional
- Kalau markah merit rendah, disarankan untuk memilih program di Kolej Komuniti / ILKA

◾Anda boleh rujuk lampiran di bawah sebagai rujukan markah merit:

Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf


Kelebihan & Ciri Baru Kalkulator Merit UPU 

Kalkulator merit yang baru ini dilihat dapat memberi kelebihan dan mesra kepada pelajar mengikut aliran.

1. Kiraan merit yang baru ini tidak lagi mewajibkan pelajar aliran sains tulen untuk meletakkan semua subjek sains dalam kiraan mata merit, sebaliknya mereka hanya perlu ambil 2 subjek terbaik dalam pakej aliran masing-masing.

2. Manakala bagi subjek Matematik Tambahan juga tidak menjadi kiraan wajib; dan bagi aliran sastera / ikhtisas yang mengambil subjek sains juga tidak dijadikan subjek pilihan.

3. Bagi kiraan merit pelajar KSSM, subjek penting kiraan adalah mengikut aliran dan subjek elektif masing-masing.

4. Subjek universal menjadi subjek wajib untuk semua aliran termasuk sejarah.

5. Pengiraan merit boleh dilakukan dengan menggunakan kalkulator merit yang tersedia di UPUOnline & Aplikasi UPUPocket yang boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store & Huawei App Gallery.

Aplikasi Kalkulator Merit UPU Lepasan SPM/ Setaraf

UPUPOCKET 2.0 (Google Play & App Store)

Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Dasar Pemilihan Meritokrasi

Dasar pemilihan UPUonline adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan menggunapakai:

◾90% MARKAH AKADEMIK
◾10% MARKAH KOKURIKULUM

Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf

Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM & STPM/Setaraf


Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan UPUOnline, sila rujuk melalui maklumat berikut:

📌Email: upu@mohe.gov.my
📌Hotline: 03-86842363
📌Maklum Balas Pelanggan: https://jpt.mohe.gov.my/-maklumbalas/
📌UPUCHAT: https://upuchat.org/
📌UPUPOCKET (Muat Turun di Google Play Store, App Store, AppGallery)
📌Media Sosial:
- TikTok: @bkpaupu
- Facebook: kemasukan bkpa jpt
- Telegram: UPUONLINE CHANNEL
- Instagram: @kemasukanbkpa

Semoga perkongsian Cara Pengiraan Merit UPU 2024 Lepasan SPM/ Setaraf ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.