Borang Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Borang Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin|BILAKAH tarikh permohonan bantuan KWAPM 2019 akan dibuka? Panduan buat pelajar miskin Tahun Satu hingga Tahun Enam dan berkelayakan yang ingin membuat permohonan bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun 2019. Menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia, permohonan KWAPM 2019 boleh dibuat secara online melalui Sistem Aplikasi Pengurusan Bantuan (APB).

Borang Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Sedia maklum, pemberian bantuan KWAPM secara khusus kepada murid miskin di Sekolah Kerajaan adalah bertujuan mengelakkan keciciran, meningkatkan tahap pencapaian akademik dan menjana kecemerlangan pelajar.

Borang Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan cara permohonan, kadar bantuan beserta syarat kelayakan permohonan:


Cara Permohonan Bantuan KWAPM 2019

1. Pemohon boleh muat turun borang permohonan secara atas talian (online) menerusi pautan seperti berikut:

A. Borang Permohonan Bantuan KWAPM KLIK 👉 Muat Turun

B. Carta Aliran Proses Permohonan Bantuan KWAPM
KLIK 👉 Muat Turun

Kriteria Kelayakan Bantuan KWAPM

Antara kriteria kelayakan bantuan KWAPM adalah seperti berikut:

1. Pelajar warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Rendah/Menengah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan (Tahun 1 hingga Tingkatan 1).

2. Pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar dengan eKASIH atau eDAMAK dan disahkan status kemiskinannya sebagai MISKIN atau MISKIN TEGAR sahaja.

3. Pelajar miskin yang berpendapatan keluarganya berada di bawah *Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Nasional semasa seperti berikut:

Permohonan KWAPM 2019 Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin

4. Pelajar BUKAN penerima apa-apa bantuan persediaan ke sekolah berbentuk kewangan daripada mana-mana pihak sama ada daripada kerajaan mahupun pihak luar.

Jenis dan Kadar Bantuan KWAPM

Berikut adalah jenis dan kadar bantuan KWAMP:

A. Jenis Data/ Status Kemiskinan

i. Data Sedia Ada (DSA-Permohonan Sekolah)
ii. eKASIH (Miskin dan Miskin Tegar)
iii. Data Murid Orang Asli (DMOA) (Miskin dan Miskin Tegar)

B. Bantuan Am Persekolahan

◾Sekolah Rendah = RM100 setahun
◾Sekolah Menengah = RM150 setahun

Selamat membuat Permohonan Bantuan KWAPM tahun 2019 secara online! Semoga anda berjaya mendapat bantuan KWAMP!

Sumber: KPM

No comments

Powered by Blogger.