Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2019 Online

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2019 Online|BILAKAH tarikh permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) tahun 2019? Panduan buat anda yang berminat membuat permohonan kemasukan ke SSM ambilan 2019. Untuk makluman anda, permohonan Sekolah Sukan Malaysia ambilan 2019 akan dibuka pada 1 September hingga 10 Oktober 2018 menerusi Laman Web KPM.

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2019 Online

Permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan termasuk syarat kelayakan permohonan:

1. Pencalon memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):
KLIK 👉 https://spassm.moe.gov.my/

2. Pencalon perlu mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. Salinan maklumat permohonan tersebut perlu disahkan beserta cap rasmi ketua jabatan dan dihantar kepada Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Syarat Kemasukan Atlet Ke Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

Antara syarat kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia seperti berikut:

A. Syarat Umum Kemasukan

1. Warganegara Malaysia
2. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang berdaftar, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah (asthma) atau penyakit berjangkit.
3. Bersetuju menerima Sekolah Sukan Malaysia yang ditawarkan dan jenis sukan yang ditetapkan.
4. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Sukan Malaysia yang berkaitan.
5. Telah melalui proses kenalpasti bakat (Talent Identification (TID)/Talent Search/Talent Scouting).
6. Keutamaan akan diberi kepada atlet murid yang mewakili negeri di peringkat kebangsaan dalam sukan yang diceburi.

B. Syarat Khusus Kemasukan

1. Pengambilan Atlet Murid Sekolah Rendah Tahun 5 dan Tahun 6
a. Keutamaan untuk sukan Gimnastik Artistik, Renang dan Terjun serta sukan lain mengikut keperluan.
b. Menguasai Literasi dan Numerasi (LINUS).
c. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

​2. Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 1
a. Memperoleh sekurang-kurangnya 3C di peringkat UPSR.
b. Mesti melalui TID Kementerian Pendidikan Malaysia.

2.3 Pengambilan Atlet Murid Sekolah Menengah Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5
a. Menguasai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)/Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
b. Dipilih melalui Talent Search/Talent Scouting.

Semakan Keputusan Sekolah Sukan Malaysia 2019

Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:

1. Layari Laman web Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://spassm.moe.gov.my/

2. Surat tawaran akan dihantar terus ke sekolah asal pemohon.

3. Tawaran hanya sah sekiranya calon atlet murid memenuhi syarat-syarat kemasukan atlet murid ke Sekolah Sukan Malaysia.

Selamat membuat permohonan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) tahun 2019! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SSM!

No comments

Powered by Blogger.