Permohonan Kolej Profesional MARA 2024/2025 (Program Diploma)

Permohonan Kolej Profesional MARA 2024/2025 (Program Diploma)|BILAKAH tarikh permohonan Kolej Profesional MARA tahun 2024 bakal dibuka? Perhatian buat pelajar lepasan SPM yang berminat dan berkelayakan membuat permohonan kemasukan ke Program Diploma Kolej Profesional MARA (KPM) ambilan tahun 2024. Untuk makluman anda, permohonan Kolej Profesional MARA 2024/2025 dibuka secara online mulai 16 Januari 2024 hingga tarikh tutup 15 Februari 2024. Berikut dikongsikan Permohonan Kolej Profesional MARA 2024/2025 Online buat rujukan anda.

Permohonan Kolej Profesional MARA 2019 (Program Diploma)

Sedia maklum, kemasukan ke Kolej Profesional MARA 2023 dibuka TIGA kali dalam setahun iaitu sesi Mac, Julai dan November. Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Kolej Profesional Mara (KPM) menyediakan peluang lanjutan pengajian dalam bidang Perakaunan, Perniagaan Teknologi Maklumat, Pengurusan Perniagaan, Sains Komputer, Pengurusan Media Digital Kreatif, Komunikasi Bahasa Inggeris, Industri Halal, Pengurusan Logistik, Perniagaan Antarabangsa, Kewangan, Landskap & Hortikultur serta Pemasaran. Program ini terdiri daripada tiga belas (13) kluster program.

Permohonan Kolej Profesional MARA 2024/2025 (Program Diploma)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan Kolej Profesional MARA serta syarat kemasukan:

Tarikh Penting Permohonan Kolej Profesional MARA 2024

◾Tarikh Permohonan: 16 Januari 2024 - 15 Februari 2024
◾Aplikasi Permohonan:
KLIK 👉 https://hi-edu.my/

Cara Permohonan Kolej Profesional MARA 2024 Online

1. Pemohon perlu layari laman web UPIM secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://hi-edu.my/

2. Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan penyimpanan data.

3. Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

4. Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Syarat Kemasukan Kolej Profesional MARA 2024

Antara syarat kelayakan Permohonan Kolej Profesional MARA adalah seperti berikut:

◾Mestilah warganegara Malaysia bertaraf bumiputera
◾Mestilah berumur 18 hingga 35 tahun
◾Pelajar lepasan SPM

KLIK 👉 Senarai Program dan Syarat Kelayakan KPM

Senarai Lokasi Kampus Kolej Profesional MARA Di Malaysia


Kemudahan Yang Ditawarkan

- Kemudahan penginapan asrama
- Pemberian Elaun Sara Hidup
- Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
- Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian

Permohonan Kolej Profesional MARA 2024/2025 (Program Diploma)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan Kolej Profesional MARA, sila hubungi di:

UNIT PUSAT INSTITUSI MARA
BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI MARA, TINGKAT 12
IBU PEJABAT MARA
JALAN RAJA LAUT
50609 KUALA LUMPUR

Tel: 03 - 2613 4074/ 03 - 2613 4075
WhatsApp: www.wassap.my/601158521184
Emel: upim.bpt@mara.gov.my
Facebook: https://www.facebook.com/hiedumara
Twitter: https://twitter.com/Hi_EduMARA
Instagram: https://www.instagram.com/hiedumara/

Selamat membuat permohonan Kolej Profesional MARA 2024 secara online! Moga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Kolej Profesional MARA!

No comments

Powered by Blogger.