Permohonan IKM KKTM MJII Januari & Julai 2024 Online (TVETMARA)

Permohonan IKM KKTM MJII Januari & Julai 2024 Online (TVETMARA)|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke KKTM, IKM dan MJII (TVETMARA) tahun 2024 bakal dibuka? Panduan buat anda yang berminat bidang kemahiran ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII) ambilan Julai 2024. Menerusi Portal Rasmi SPUPIM, permohonan KKTM, IKM & MJII sesi 2024 bakal dibuka secara online mulai 19 Mac 2024 hingga 15 Jun 2024. Berikut dikongsikan Permohonan IKM KKTM MJII 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan IKM KKTM MJII Januari & Julai 2023 Online (TVETMARA)

Sedia maklum, tujuan penubuhan Institusi Pendidikan MARA (IPMa) adalah untuk melahirkan lebih ramai belia bumiputra yang berkemahiran tinggi untuk industri masa depan. Antara institusi pendidikan dibawah kelolaan MARA (IPMa) adalah Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM), Institut Kemahiran MARA (IKM) dan MARA Japan Industrial Institute (MJII). SPUPIM adalah sistem berkomputer utama yang digunakan dalam proses pengambilan pelajar lepasan SPM, STPM, Sijil dan Pra Diploma ke institusi pendidikan MARA. SPUPIM adalah proses berkomputer bagi urus tadbir pengambilan pelajar ke institusi pendidikan MARA.
 

Permohonan IKM KKTM MJII Januari & Julai 2024 Online (TVETMARA)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi permohonan IKM, KKTM & MJII (TVETMARA) beserta syarat kelayakan permohonan:

Tarikh Penting Permohonan IKM KKTM MJII 2024

A. Melalui SPUPIM

- Sesi Januari 2024
Tarikh Dibuka: 15 Oktober 2023
◾Tarikh Ditutup: -

- Sesi Julai 2024
Tarikh Dibuka: 19 Mac 2024 
◾Tarikh Ditutup: 15 Jun 2024

B. Melalui UPUOnline

*Akan dikemaskini

Cara Permohonan IKM KKTM MJII (TVETMARA) 2024 Online

1. Pemohon perlu layari Portal Rasmi SPUPIM atau TVETMARA secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://apponline.mara.gov.my/Spupim_1/ ATAU https://www.tvetmara.edu.my/

2. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan untuk akses sistem.

3. Klik butang Masuk untuk capaian Sistem SPUPIM. Laman dan mesej akan dipaparkan di skrin.

4. Klik butang Semula untuk login semula sekiranya ingin menukar ID Pengguna dan 
Kata Laluan.

5. Klik Pautan Panduan Pengguna untuk membuka dokumen panduan pengguna 
sistem.

6. Pastikan login dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.

7. Klik "Permohonan". Lengkapkan semua maklumat yang diberikan.

8. Tandakan pada kotak pengakuan dan klik pada "Hantar".

Syarat Kemasukan IKM KKTM MJII 2024

Antara syarat kelayakan permohonan KKTM, IKM dan MJII adalah seperti berikut:

A. Program Sijil

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM)
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

B. Program Diploma

1. Lulus SPM atau setara (lepasan SPM) atau LULUS Sijil Kejuruteraan / Teknologi Kejuruteraan IKM / Teknologi IKM dengan CGPA > 2
2. Bumiputera
3. Warganegara Malaysia
4. Berumur 18 hingga 40 tahun
5. Sihat tubuh badan
6. Tidak buta warna (bagi kursus elektrik dan elektronik)

Permohonan IKM KKTM MJII Januari & Julai 2024 Online (TVETMARA)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan TVETMARA, sila hubungi di:

Unit Pengambilan Pelajar
Bahagian Kemahiran & Teknikal MARA
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur

No. Telefon: 03 - 26134258
No. Faks: 03 - 26914510
Emel: infobkt@mara.gov.my

Selamat membuat permohonan IKM KKTM MJII ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran kemasukan ke IKM KKTM MJII!

No comments

Powered by Blogger.