Semakan Keputusan SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)

Semakan Keputusan SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)|BILAKAH tarikh keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2023 bakal diumumkan? Panduan buat calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) tahun 2023. Untuk makluman anda, semakan keputusan SPMU 2023 boleh dibuat secara online mulai 12 Oktober 2023 (Hari Khamis) pada jam 10.00 pagi. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan SPMU 2023 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)

Sedia maklum, SPMU akan diadakan dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan November. Menerusi kenyataan dari KPM, seramai 8,586 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPMU Tahun 2023 di 204 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Semakan Keputusan SPMU 2023 Online (SPM Ulangan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan tarikh dan aplikasi semakan keputusan SPMU tahun 2023:

Tarikh Semakan Keputusan SPMU 2023

◾Tarikh Dibuka: 12 Oktober 2023 (10:00 pagi)
◾Tarikh Ditutup: 18 Oktober 2023
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 http://myresultspmu.moe.gov.my/

Cara Semakan Keputusan SPM Ulangan Tahun 2023

Berikut adalah 3 cara membuat semakan keputusan/ slip peperiksaan calon SPMU:

I) SEMAKAN KEPUTUSAN SECARA ONLINE

Semakan keputusan SPMU boleh dibuat secara online melalui pautan di myresultspmu.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

II) SEMAKAN KEPUTUSAN MELALUI SMS

Taip SPMU<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Talian ini akan diaktifkan mulai 10.00 pagi pada 12 Oktober dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 18 Oktober 2023.

III) SEMAKAN SECARA MANUAL

Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, anda boleh berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2023.

Selamat membuat Semakan Keputusan SPMU tahun 2023 secara online dan SMS! Tahniah kepada calon SPMU yang mendapat keputusan cemerlang!

No comments

Powered by Blogger.