Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2024 Online (Semakan Keputusan)|PANDUAN buat graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda (bukan pendidikan) yang ingin menjadi guru bagi kemasukan sesi Januari 2024. Untuk makluman anda, permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) UM 2024 akan dibuka secara online pada 2 Februari 2024 hingga tarikh tutup 30 April 2024. Berikut dikongsikan Cara Permohonan DPLI Universiti Malaya 2024 Online buat panduan anda.

Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2018 Online

Sedia maklum, DPLI merupakan salah satu laluan untuk menjadi guru kepada lepasan siswazah yang sudah pun memiliki segulung ijazah sarjana muda tetapi BUKAN dalam kursus pendidikan. DPLI berbeza dari Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) yang dikhaskan kepada lepasan SPM yang ingin menjadi guru.

Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan aplikasi permohonan DPLI Universiti Malaysia (UM) beserta syarat kelayakan permohonan dan semakan keputusan:

Cara Permohonan DPLI UM 2024 Online

1. Permohonan untuk pengajian DPLI UM boleh dibuat dengan secara online menerusi pautan di https://maya.um.edu.my/.

2. Kemudian, sila klik butang ‘Create Account’ dan buat pendaftaran akaun terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan DPLI UM 2024

Antara syarat kelayakan permohonan DPLI UM adalah seperti berikut:

◾Warganegara Malaysia
◾Umur tidak melebihi 35 tahun.
◾Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
◾Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
◾Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
◾Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
◾Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
◾Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
◾Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

Bidang Program Yang Ditawarkan

Antara bidang program yang ditawarkan termasuklah:

◾Bahasa Melayu
◾Bahasa Inggeris
◾Bahasa Cina
◾Bahasa Tamil
◾Matematik
◾Pendidikan Islam
◾Sains
◾Pendidikan Pra Sekolah
◾Pendidikan Seni Visual
◾Kemahiran Hidup
◾Pendidikan Jasmani
◾Pengajian Sosial
◾Pendidikan Muzik

Semakan Keputusan DPLI UM 2024 Online

Berikut dikongsikan Semakan Keputusan DPLI UM Tahun 2024 secara online:

*Akan dikemaskini

Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2024 Online (Semakan Keputusan)

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan DPLI UM, sila layari pautan di https://education.um.edu.my/

Selamat membuat Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) ambilan 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke DPLI UM!

19 comments:

  1. Iklan 'Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2018 Online' meragukan kerana tiada iklan yang serupa dalam laman web/portal UM. Dalam portal KPM juga tidak ada dinyatakan program tersebut. Selain daripada itu, tidak dinyatakan kos pengajian, ada pinjaman atau biasiswa dan sebagainya. Tidak dinyatakan dengan jelas IPG mana yang terlibat (pelik, program UM tetapai dibuat di IPG). Juga tidak diberikan maklumat tentang struktur program (kuliah, praktikum dan peperiksaan). Bayaran juga tidak munasabah (RM50.00) bagi universiti awam seperti UM. Adik-adik yang berminat, mohon berhati-hati dan buat panggilan ke UM dan KPM bagi mengesahkan perkara ini sebelum membuat pembayaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Last year I mohon bayar 50.00, Tak dapat juga. This year takut juga Tak dapat. ...

      Delete
    2. Sebab itu kena check dan kalau boleh call kepada yg in charge atau Fakulti Pendidikan 👌

      Delete
  2. Kenapa tahun ni dah takde pendidikan tahfiz ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senarai modul tu mmg dh finalize ke tu?mcm sikit je.huhuhu..taun lepas mcm ade it

      Delete
  3. assalamualaikum..ada buka dpli untuk kos bahasa arab tak?

    ReplyDelete
  4. Saya pun apply last year xada reply.bayar rm50.

    ReplyDelete
  5. Tahun ni ada intake tak? Sbb tak dapat apa2 respond pun. Bayar dah rm50

    ReplyDelete
  6. hi guys,,,someone can tell me is the Permohonan untuk DPLI still open?

    ReplyDelete
  7. Utk kemasukan tahun 2022, bila permohonan akan dibuka.. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk kepastian, boleh tanya langsung pada Fakulti Pendidikan UM, (03-79675000, 03-79675103, 03-79675133) atau email dppum@um.edu.my

      Delete
  8. Utk kemasukan tahun 2022, bila permohonan akan dibuka.. Tq.

    ReplyDelete
  9. saya percaya ini adalah scam. Sila dapatkan pengesahan daripada pihak UKM yang boleh dipercayai terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  10. Saya pun pernah apply 2020.xada reply.

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum, keputusan kemasukan dpli september bila ye

    ReplyDelete

Powered by Blogger.