Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2018 Online

Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2018 Online|PANDUAN buat graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda (bukan pendidikan) yang ingin menjadi guru bagi kemasukan September 2018. Untuk makluman anda, permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaysia (UM) 2018 kini telah dibuka sehingga 30 Julai 2018. Berikut dikongsikan cara permohonan Program DPLI di Universiti Malaysia (UM) tahun 2018 buat panduan anda.

Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2018 Online

DPLI merupakan salah satu laluan untuk menjadi guru kepada lepasan siswazah yang sudah pun memiliki segulung ijazah sarjana muda tetapi BUKAN dalam kursus pendidikan. DPLI berbeza dari Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) yang dikhaskan kepada lepasan SPM yang ingin menjadi guru.

Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2018 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan Program DPLI Universiti Malaysia beserta syarat kelayakan permohonan:

Cara Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia

1. Pemohonan boleh dibuat secara online
    menerusi pautan berikut:
KLIK 👉 https://pgadmission.um.edu.my/

2. Lengkapkan maklumat diri dan lain-lain.
    RM 50 dikenakan sebagai yuran
    pemprosesan permohonan.

Syarat Kelayakan Permohonan Program DPLI 

Antara syarat kelayakan permohonan Program DPLI adalah:

◾Warganegara Malaysia
◾Umur tidak melebihi 35 tahun.
◾Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
◾Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
◾Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
◾Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
◾Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
◾Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
◾Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

Bidang Program Yang Ditawarkan

Antara bidang program yang ditawarkan termasuklah:

◾Bahasa Melayu
◾Bahasa Inggeris
◾Bahasa Cina
◾Bahasa Tamil
◾Matematik
◾Pendidikan Islam
◾Sains
◾Pendidikan Pra Sekolah
◾Pendidikan Seni Visual
◾Kemahiran Hidup
◾Pendidikan Jasmani
◾Pengajian Sosial
◾Pendidikan Muzik

Selamat membuat Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2018 secara online!

1 comment:

  1. Iklan 'Permohonan Program DPLI Universiti Malaysia (UM) 2018 Online' meragukan kerana tiada iklan yang serupa dalam laman web/portal UM. Dalam portal KPM juga tidak ada dinyatakan program tersebut. Selain daripada itu, tidak dinyatakan kos pengajian, ada pinjaman atau biasiswa dan sebagainya. Tidak dinyatakan dengan jelas IPG mana yang terlibat (pelik, program UM tetapai dibuat di IPG). Juga tidak diberikan maklumat tentang struktur program (kuliah, praktikum dan peperiksaan). Bayaran juga tidak munasabah (RM50.00) bagi universiti awam seperti UM. Adik-adik yang berminat, mohon berhati-hati dan buat panggilan ke UM dan KPM bagi mengesahkan perkara ini sebelum membuat pembayaran.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.