Syarat Terkini Keputusan MUET Ke IPTA 2022

Syarat Terkini Keputusan MUET Ke IPTA 2022|ADAKAH anda calon peperiksaan MUET tahun 2022? Panduan buat pelajar yang ingin menduduki peperiksaan MUET tahun 2022. Menerusi FB Rasmi UPU, keputusan MUET adalah syarat umum yang dipenuhi oleh calon memohon ke IPTA bagi peringkat Ijazah. Berikut dikongsikan syarat terkini keputusan MUET ke IPTA buat panduan anda.

Syarat Terkini Keputusan MUET Ke IPTA

Sedia maklum, sebagai syarat untuk kemasukan ke Universiti adalah dengan lulus Malaysian University English Test (MUET) berdasarkan kursus-kursus tertentu.

Syarat Terkini Keputusan MUET Ke IPTA 2022

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan syarat-syarat terkini keputusan MUET ke IPTA:

   KURSUS          MASUK     PENGIJAZAHAN
                               IPTA

Sastera, Sains         BAND 2         BAND 3
Sosial

Sains, Teknologi    BAND 3         BAND 4
Kejuruteraan &
Matematik

Perubatan,              BAND 4         BAND 5
Undang-Undang

Syarat Masuk IPTA

◾Pengajian Sastera & Sains Sosial: BAND 2
◾Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan    & Matematik: BAND 3
◾Pengajian Perubatan & Undang-Undang: BAND 4

Syarat Pengijazahan

◾Pengajian Sastera & Sains Sosial: BAND 3
◾Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan & Matematik: BAND 4
◾Pengajian Perubatan & Undang-Undang: BAND 5

Syarat Pengambilan Peperiksaan MUET

Ujian ini ditawarkan kepada calon yang telah menduduki mana-mana satu daripada yang berikut:

◾Sijil Pelajaran Malaysia
◾Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional
◾Malaysia Certificate of Education
◾Federation of Malaya Certificate of Education
◾Cambrige School Certificate
◾Pendidikan selama 10 tahun yang setaraf  dengan O-Level

Semoga perkongsian Syarat Terkini Keputusan MUET Ke IPTA ini dijadikan rujukan buat anda semua!

No comments

Powered by Blogger.