Semakan Tawaran UPU 2018 Lepasan SPM

Semakan Tawaran UPU 2018 Lepasan SPM|ADAKAH anda pelajar lepasan SPM yang telah membuat permohonan kemasukan ke UPU sesi 2018/2019? Perhatian bagi calon lepasan SPM yang membuat permohonan UPU 2018 ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA. Menerusi Portal Rasmi UPU, semakan keputusan UPU 2018 boleh dibuat secara online mulai 21 hingga 27 Mei 2018 bagi lepasan SPM/setaraf.

Semakan Tawaran UPU 2018 Lepasan SPM

Pelajar diingatkan sentiasa melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh rasmi keputusan SPM diumumkan. Bagi yang gagal dalam permohonan UPU, anda boleh membuat rayuan UPU menerusi pautan di Portal UPU.

Semakan Tawaran UPU 2018 Lepasan UPU

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi semakan UPU:

Tarikh Penting Semakan Keputusan UPU

◾Tarikh Semakan: 21 hingga 27 Mei 2018
     (Mulai jam 12 tengahari)
◾Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 UPU ONLINE LEPASAN SPM

Cara Semakan Keputusan UPU 2018 Online dan SMS

A) Semakan Secara Online

1. Pemohon perlu melayari Portal Rasmi
    UPU melalui pautan berikut:
KLIK 👉 UPU ONLINE LEPASAN SPM

2. Bagi yang menghadapi kesulitan
    melayari pautan Rasmi UPU, anda juga
    boleh melayari pautan seperti berikut:

👉 http://jpt.ums.edu.my
👉 https://jpt.unimas.my
👉 https://intake.utm.my/semakan/
👉 http://jpt.uum.edu.my

3. Pemohon yang berjaya membuat
    pengesahan tawaran dan juga mencetak
    surat tawaran rasmi melalui Portal Rasmi
    IPTA pada tarikh yang akan dikemaskini
    kelak.

Info:
*Sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan

B) Semakan Melalui SMS

👉 Universiti Awam dan Politeknik Premier
Taipkan:
UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan Hantarkan ke 15888

👉 Politeknik Konvensional / METrO / Kolej
      Komuniti / ILKA
Taipkan:
UPU<jarak>TVET<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan Hantarkan ke 15888

Permohonan Rayuan UPU Online

1. Permohonan rayuan boleh dibuat secara
    online setelah tarikh hebahan keputusan
    UPU diumumkan secara rasmi.

2. Permohonan rayuan hanya layak
    dipohon kepada pemohon yang gagal
    mendapat tawaran kemasukan sahaja.

3. Untuk membuat permohonan rayuan
    UPU secara online, sila rujuk di Aplikasi 
    Permohonan Rayuan UPU bagi lepasan
    SPM/setaraf.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan permohonan UPU, boleh hubungi di talian helpline UPU di 03 - 8870 8200 atau laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.

Selamat membuat semakan keputusan UPU 2018 bagi lepasan SPM/setaraf! Semoga anda berjaya mendapat tawaran UPU!

No comments

Powered by Blogger.