Jadual Peperiksaan STAM 2023 (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Jadual Peperiksaan STAM 2023 (Sijil Tinggi Agama Malaysia)|ANDA calon menduduki peperiksaan STAM? Bilakah tarikh peperiksaan STAM tahun 2023 bakal diadakan? Perhatian buat calon yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2023. Menerusi Portal Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), peperiksaan bertulis STAM 2023 bakal diadakan pada 2 Januari hingga 4 Januari 2024 dan 8 Januari hingga 11 Januari 2024. Berikut dikongsikan Jadual Peperiksaan STAM 2023 buat rujukan anda.

Jadual Peperiksaan STAM 2018 Sijil Tinggi Agama Malaysia

Sedia maklum, keputusan peperiksaan STAM yang cemerlang dapat melayakkan anda membuat permohonan UPU Online. Untuk jadual peperiksaan awam yang lain seperti UPSR, PT3, SPM, STPM, PAV dan SPM Ulangan, sila rujuk di Tarikh Peperiksaan Awam. Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengeluarkan jadual peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2023 kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan ini. Seramai 4,058 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM Tahun 2023 di 131 buah pusat peperiksaan seluruh negara.

Jadual Peperiksaan STAM 2023 (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan jadual waktu peperiksaan STAM 2023 yang memaparkan tarikh, masa, kod kertas, nama kertas dan masa peperiksaan dijalankan:

Jadual Waktu Peperiksaan STAM Tahun 2023

Jadual Peperiksaan STAM 2023 (Sijil Tinggi Agama Malaysia)

Info Penting:
*Akan dikemaskini setelah pengumuman rasmi dibuat dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)

Nota dan Arahan Calon Peperiksaan STAM (Arahan Am)

1.1 Calon wajib menduduki semua Kertas
      Peperiksaan bagi mata pelajaran yang
      didaftar.

1.2 Calon yang tidak menduduki mana-
      mana Kertas Peperiksaan bertulis
      dikehendaki mengemukakan alasan
      yang kukuh beserta dokumen sokongan
      seperti surat perakuan doktor. Dokumen
      ini diserahkan kepada Ketua Pengawas
      Peperiksaan sebelum tamat tempoh
      peperiksaan bertulis STAM 2023.

1.3 Calon hendaklah menyemak butiran
      pada Kenyataan Kemasukan
      Peperiksaan sebelum menduduki
      peperiksaan.

1.4 Calon hendaklah membaca Garis
      Panduan dan Arahan Peperiksaan
      dalam Jadual Waktu Peperiksaan STAM
      2023 dan menandatangani Borang
      Perakuan Calon.

Nota Penting:
*Untuk kertas S102/11 Fiqh Kertas 1 dan S102/12 Fiqh Kertas 2, calon-calon dibenarkan untuk menggunakan kalkulator saintifik yang tidak diprogram.

Download Jadual Waktu Peperiksaan STAM 2023

Untuk maklumat lanjut berkaitan arahan dan peringatan kepada calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia boleh memuat turun/ download Jadual Peperiksaan STAM 2023 dalam bentuk PDF, sila klik Jadual Waktu STAM 2023.

Diucapkan selamat maju jaya kepada calon yang bakal menduduki peperiksaan bertulis STAM tahun 2023!

No comments

Powered by Blogger.