Contoh Soalan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru 2018

Contoh Soalan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru 2018|ADAKAH anda pernah memohon kemasukan ke IPG ambilan 2018? Bilakah tarikh panggilan UKCG PISMP tahun 2018? Perhatian buat pemohon IPG yang telah berjaya dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Untuk makluman anda, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018 akan berlangsung mulai 9 April hingga 17 April 2018. Berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018 buat panduan anda.

Contoh Soalan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru 2018

Sebagai syarat memasuki IPG pemohon perlu melepasi peringkat tapisan sebelum ke peringkat panggilan temuduga. Ujian Kelayakan Calon Guru dibahagikan kepada dua (2) sesi iaitu Sesi Ujian Bertulis dan Sesi Ujian Kecergasan Fizikal.

Contoh Soalan UKCG Ujian Kelayakan Calon Guru 2018

Berikut dikongsikan Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) beserta Jawapan bagi calon IPG:

1. Untuk mengajar dengan cekap, kita harus
    belajar menguasai kemahiran

A. Setuju           B. Tidak setuju

2. Untuk menjaga imej saya, saya harus
    mendengar baik-baik kata orang.

A. Setuju            B. Tidak setuju

3. Saya kurang minta bantuan orang kerana
    takut malu

A. Setuju             B. Tidak setuju

4. Saya melayan padangan orang dengan
    respon positif

A. Setuju             B. Tidak setuju

5. Saya rasa segan untuk ucap tahniah
    kepada rakan sejawat yang mencapai
    prestasi cemerlang

A. Setuju              B. Tidak setuju

6. Selain membaca buku ilmiah, saya pula
    meneroka internet untuk menimba ilmu
    pengetahuan, demi meningkatkan
    prestasi saya.

A. Setuju            B. Tidak setuju

7. Kemajuan masyarakat berbilang
    kaum bergantung kepada semangat
    bersatu padu

A. Setuju            B. Tidak setuju

8. Tugas utama guru ialah mendidik murid
    menjadi insan yang cergas

A. Setuju            B. Tidak setuju

9. Adalah tanggungjawab guru
    memberitahu murid menentang ajaran
    kolot ibu bapa

A. Setuju           B. Tidak setuju

10. Jika guru melaksanakan tugas dengan
      penuh dedikasi, murid akan
      sanjunginya.

A. Setuju           B. Tidak setuju

Nota Penting : Contoh soalan ujian bertulis UKCG di atas adalah bukan soalan sebenar ianya contoh sebagai panduan buat calon sahaja.

Semoga perkongsian Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2018 ini dijadikan panduan buat semua calon IPG!

No comments

Powered by Blogger.