Semakan Syarat Kelayakan UiTM 2018 Online

Semakan Syarat Kelayakan UiTM 2018 Online|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA (UiTM)? Apakah syarat kelayakan kemasukan ke UiTM? Panduan buat anda yang ingin melanjutkan pengajian ke UiTM. Untuk makluman anda, kini anda boleh membuat semakan syarat kelayakan UiTM secara online melalui Selangkah UiTM.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM 2018 Online

Pelajar disarankan membuat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan kemasukan UiTM secara online. Sedia maklum, permohonan UPU Online telah dibuka secara online dari 5 Februari hingga 10 April 2018.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM 2018 Online

Berikut dikongsikan cara semakan syarat kelayakan UiTM secara online melalui Selangkah UiTM:

1. Pemohon perlu layari Aplikasi Semakan
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 http://www.selangkah.uitm.edu.my

2. Masukkan maklumat seperti No. MyKAD,
    Nama, Email, No. Telefon dan Kategori.

Semakan Syarat Kelayakan UiTM 2018 Online

Syarat Am Kemasukan UiTM

Berikut adalah syarat-syarat am kemasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM) bagi lepasan SPM, STPM, Matrikulasi dan Diploma:

1. Calon Lepasan SPM/ Setaraf

● Lulus SPM / setaraf dengan mendapat
    sekurang-kurangnya 5 kepujian.
● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia

2. Calon Lepasan STPM/ Setaraf

● Lulus SPM / setaraf dengan baik.
● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia
   di peringkat SPM/ setaraf.
● Mendapat sekurang-kurangnya Gred C
   (NGMP 2.00) dalam Pengajian Am dan
   Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata
   pelajaran lain.
● Mengambil Malaysian University English
   Test (MUET).

3. Calon Lepasan Matrikulasi

● Lulus SPM / setaraf dengan baik.
● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia
   di peringkat SPM/ setaraf.
● Lulus Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/
   Asasi Undang-Undang KPTM dengan
   sekurang-kurangnya mendapat PNGK 2.00
● Mengambil Malaysian University English
   Test (MUET)

4. Calon Lepasan Diploma

● Lulus SPM / setaraf dengan mendapat
    sekurang-kurangnya 5 kepujian.
● Kepujian dalam Bahasa Melayu / Malaysia
   di peringkat SPM/ setaraf.
● Mempunyai kelulusan Diploma atau
    kelulusan setaraf dan diluluskan oleh
    Senat Universiti.
● Mengambil Malaysian University English
    Test (MUET).

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di Alamat:

Bahagian Pengambilan Pelajar
Bangunan Pusat Antarabangsa UiTM (UIC)
40450 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Telefon: 03-55443164/65/66/74/75
Faks: 03-55443170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my/

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Semoga perkongsian Semakan Syarat Kelayakan UiTM 2018 Online ini memberi manfaat dan panduan untuk semua pelajar!

No comments

Powered by Blogger.