Permohonan Diploma PPUM 2018 Online

Permohonan Diploma PPUM 2018 Online|ANDA berminat menceburi bidang kejururawatan dan perubatan? Bilakah tarikh permohonan Program Diploma PPUM tahun 2018 dibuka? Panduan buat anda yang berminat memohon Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) tahun 2018. Untuk makluman anda, permohonan Diploma PPUM 2018 akan dibuka secara online pada 11 Mac 2018 hingga 27 Mac 2018.

Permohonan Diploma PPUM 2018 Online

Terdapat TIGA (3) program yang ditawarkan seperti Diploma Kejururawatan, Diploma Radiografi dan Diploma Teknologi Maklumat Perubatan. Calon dikehendaki memilih salah satu daripada TIGA program yang ditawarkan.

Permohonan Diploma PPUM 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang meliputi tarikh dan aplikasi permohonan serta syarat kelayakan:

◾ Tarikh Dibuka: 11 Mac 2018
◾ Tarikh Ditutup: 27 Mac 2018 (Sehingga
      12.00 malam)
◾ Tarikh Pendaftaran: 8 Julai 2018
◾ Aplikasi Permohonan:
KLIK: 👉 http://spp.ummc.edu.my

Cara Permohonan Diploma PPUM 2018 Online

1. Pemohon perlu layari Aplikasi
    Permohonan melalui pautan seperti
    berikut:
KLIK: 👉 http://spp.ummc.edu.my

2. Sebelum mengakses borang secara
    online, pemohon perlu membeli ID 
    PPUM yang boleh didapati di Bank
    Simpanan Nasional (BSN) yang berharga
    RM 10.06 termasuk caj GST.

3. ID PPUM juga boleh digunakan untuk
    menyemak panggilan temuduga melalui
    Laman Web Rasmi PPUM.

4. Kemudian, isikan maklumat borang
    permohonan secara online dengan betul
    dan lengkap. Borang yang tidak lengkap
    tidak akan diproses.

Iklan Kemasukan Diploma PPUM 2018 


Permohonan Diploma PPUM 2018 Online


Syarat Kelayakan Permohonan Program Diploma PPUM

Antara syarat kelayakan permohonan Program Diploma PPUM adalah seperti berikut:

A. Syarat Am

1. Umur : Berumur 18 hingga 22 tahun
2. Jantina : Lelaki dan Perempuan
3. Taraf Perkahwinan : Bujang
4. Tempoh Program : 3 Tahun (Sepenuh
    Masa)

B. Syarat Kelayakan Akademik

1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
    setaraf dengannya dan mendapat:
◾Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
◾Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
◾Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)
◾Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 03 - 2028 7047 / 03 - 2028 7071 (Jam 8 pagi hingga 5 petang, Isnin - Jumaat)
Emel: spp@ummc.edu.my

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Selamat membuat permohonan Program Diploma PPUM tahun 2018 secara online! Semoga anda berjaya dalam permohonan tawaran Diploma PPUM!

No comments

Powered by Blogger.