Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ 2019 Online

Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ 2019 Online|ANDA calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2018? Adakah anda berminat melanjutkan pengajian dalam atau luar negara? Panduan buat anda yang ingin membuat permohonan Biasiswa JPA tahun 2019. Untuk makluman anda, permohonan JPA Program Penajaan 9A+ 2019 dijangka bakal dibuka secara online pada bulan Mac 2019.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis

Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ 2018 Online

Program penajaan ini dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2018 yang mendapat keputusan A+ dalam semua subjek dengan minimum sembilan (9) subjek. Pelajar yang layak sahaja akan ditaja di peringkat persediaan hingga ijazah pertama dalam bidang yang ditetapkan di Universiti Awam dan IPTS.

Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ 2019 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan:

1. Permohonan Biasiswa JPA boleh dibuat secara online melalui pautan di http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan

2. Pastikan sebelum membuat permohonan secara online, anda perlu daftar akaun JPA terlebih dahulu.

3. Isikan maklumat borang permohonan dengan tepat dan lengkap.

Kriteria Kelayakan Permohonan Biasiswa JPA 

Antara syarat atau kriteria kelayakan permohonan Biasiswa JPA adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur belum mencapai 18 tahun (19
    tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun
    peperiksaan SPM diduduki;
3. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga
    tidak disenarai hitam oleh JPA atau
    sedang dalam tindakan undang-undang
    JPA; dan
4. Calon hendaklah mempunyai kesihatan
    yang baik dan tidak mengidap penyakit-
    penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS,
    HIV dan sebagainya;
5. Pemohon tidak menerima bantuan
    kewangan/ tajaan dari mana-mana
    agensi untuk peringkat pengajian yang
    sama.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Selamat membuat permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ Tahun 2019! Semoga anda berjaya mendapat tawaran biasiswa JPA!

No comments

Powered by Blogger.