Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018 Online

Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018 Online|ANDA calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)? Adakah anda berminat melanjutkan pengajian ke luar negara? Berita baik buat anda yang mendapat keputusan cemerlang SPM baru-baru ini. Untuk makluman anda, permohonan JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018 akan dibuka mulai 19 hingga 26 Mac 2018.

Artikel berkaitan:
👉 Permohonan Biasiswa JPA Program Penajaan 9A+ 2018 Online

Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018 Online

Secara umumnya, setiap tahun JPA menawarkan biasiswa melanjutkan pengajian ke 4 buah negara ini kepada calon lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang. Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2017 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau ijazah pertama di negara-negara berkenaan.

Permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan cara permohonan dan syarat kelayakan permohonan:

1. Permohonan ini dibuka bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dan berkelayakan melalui http://esilav2.jpa.gov.my/online_progs/epermohonan

2. Sebelum membuat permohonan secara online, anda perlu daftar akaun JPA terlebih dahulu.

3. Isikan maklumat borang permohonan dengan tepat dan lengkap.

Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa JPA 

Antara syarat kelayakan permohonan Biasiswa JPA adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Umur belum mencapai 18 tahun (19
    tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun
    peperiksaan SPM diduduki;
3. Calon hendaklah mempunyai kesihatan
    yang baik dan tidak mengidap penyakit-
    penyakit kritikal seperti Hepatitis, AIDS,
    HIV dan sebagainya;
4. Ibu dan/atau bapa dan/atau ahli keluarga
    tidak disenarai hitam oleh JPA atau
    sedang dalam tindakan undang-undang
    JPA; dan
5. Pemohon tidak menerima bantuan
    kewangan/ tajaan dari mana-mana
    agensi untuk peringkat pengajian yang
    sama.

Selamat membuat permohonan Biasiswa JPA Program Khas Jepun Korea Jerman Perancis Tahun 2018! Semoga anda berjaya mendapat tawaran JPA!

No comments

Powered by Blogger.