UPUPocket 2.0 2024 Aplikasi Permohonan dan Semakan UPU

UPUPocket 2.0 2024 Aplikasi Permohonan dan Semakan UPU|ADAKAH anda berminat melanjutkan pengajian ke IPTA/UA di seluruh Malaysia? Perhatian buat pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf yang ingin membuat permohonan kemasukan ke UA, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti melalui Permohonan UPU. Untuk makluman anda, kini pelajar boleh mendapatkan panduan permohonan, semakan dan kemaskini UPU melalui Aplikasi UPUPocket 2.0.

UPUPocket 2.0 2024 Aplikasi Permohonan dan Semakan UPU

Sedia maklum, UPU Pocket merupakan satu aplikasi mobile yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi. Aplikasi UPUPocket ini bertujuan membantu pemohon dan ibu bapa dalam mendapatkan rujukan dalam urusan kemasukan pelajar ke UA dan IPTA. Aplikasi UPUPocket bukanlah baru sahaja diperkenalkan dan kini sudah masuk ke versi 2.0 yang dikemaskini dengan pelbagai fungsi yang lebih menarik. Aplikasi UPU Pocket telah dilancarkan pada 3 Februari 2018 bersempena dengan Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2018 (Jom Masuk U/ IPTA) di Melaka.

UPUPocket 2.0 2024 Aplikasi Permohonan dan Semakan UPU

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan panduan permohonan dan semakan UPU melalui Aplikasi UPUPocket 2.0:

◾Semakan Status: Semak status permohonan UPU, status kelayakan, keputusan permohonan dan rayuan pemohon dengan lebih mudah
◾e-Panduan: Dapatkan panduan untuk lepasan SPM, STPM / Setaraf, UPUSkills, carian program dan laluan kerjaya
◾Takwim: Kalendar dengan tarikh -tarikh penting berkaitan permohonan UPU secara dalam talian
◾Kalkulator Merit: Kalkulator merit untuk pengajian bagi Lepasan SPM dan Lepasan STPM/Setaraf
◾Aduan: Salurkan sebarang aduan atau maklumbalas terus daripada UPUPocket
◾Direktori: Aplikasi ini juga menyediakan direktori universiti / kolej yang disenaraikan untuk memudahkan para pelajar menghubungi terus pihak universiti/kolej

UPUPocket 2.0 2024 Aplikasi Permohonan dan Semakan UPU

UPUPocket 2.0 2024 Aplikasi Permohonan dan Semakan UPU

Download Aplikasi UPUPocket 2.0

Bagi yang ingin mendapatkan Aplikasi UPUPocket 2.0, anda kini boleh muat turun menerusi Google Play bagi Android dan App Store bagi iOS dan boleh muat turun melalui pautan di bawah ini:

Google Play – Untuk pengguna Android
App Store – Untuk pengguna iOS

Iklan Aplikasi UPUPocket 2.0

Berikut dikongsikan iklan yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Kementerian Pendidikan Malaysia:

UPUPocket 2.0 2024 Aplikasi Permohonan dan Semakan UPU

Artikel Berkaitan:

👉 Permohonan UPUOnline

Join Channel Telegram UPUOnline 2024/2025

KLIK JOIN 👉 https://t.me/upuonline2024

Cara Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila layari laman web UPU di https://upu.mohe.gov.my/

No. Hotline : 03 – 8684 2363
E-mel : upu@mohe.gov.my
TikTok : @bkpaupu
Facebook Page : Kemasukan BPKP JPT – FB rasmi UPU
Channel Telegram : UPUONLINE CHANNEL 
Aplikasi UPUPocket : UPUPOCKET

Semoga perkongsian Aplikasi UPUPocket 2.0 Permohonan dan Semakan UPU ini memudahkan para pelajar dan ibu bapa!

No comments

Powered by Blogger.