Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online|ADAKAH anda ingin membuat pendaftaran Tahun 1 sesi 2019/2020? Bilakah tarikh permohonan murid Tahun 1 sesi 2019/2020 dibuka? Perhatian buat ibu bapa yang ingin membuat pendaftaran anak-anak ke Tahun 1 sesi 2019/2020. Untuk makluman anda, permohonan murid Tahun 1 sesi 2019/2020 akan dibuka pada 1 Mac hingga 30 April 2018.

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online

Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 boleh dibuat secara online di Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh dilakukan dengan hadir sendiri (walk-in).

Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi permohonan:

◾Tarikh Permohonan: 1 Mac 2018 hingga
     30 April 2018
◾Kemasukan tahun 2019 adalah bagi
     kanak-kanak warganegara Malaysia
     yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1
     Januari 2013.
◾Kemasukan tahun 2020 adalah bagi
     kanak-kanak warganegara Malaysia 
     yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1
     Januari 2014.

Cara Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 

Berikut dikongsikan cara permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 secara online dan manual:

A. Semenanjung Malaysia

Pendaftaran secara online boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Pemohon perlu layari Laman Web
    melalui pautan seperti berikut:
KLIK: 👉 https://public.moe.gov.my/

2. Kemudian, login menggunakan No. Kad 
    Pengenalan dan Kata Laluan.

3. Isikan maklumat borang pendaftaran
    yang diminta seperti maklumat
    prasekolah/tadika, profil kesihatan dan
    rekod imunisasi anak.

4. Selepas itu, cetak borang yang telah
    lengkap diisi bersama dokumen yang
    diperlukan.

5. Pastikan ibu bapa membawa cetakan
    borang permohonan ke sekolah yang
    dipohon untuk proses Perakuan. Antara
    dokumen-dokumen yang perlu dibawa
    (dokumen asal + 1 salinan) adalah:
◾Sijil lahir anak/ sijil anak angkat
◾Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
◾Surat nikah/ surat cerai
◾Bil yang mempunyai alamat tempat
     tinggal
◾Laporan doktor & kad OKU (jika
     berkaitan)

B. Sabah, Sarawak dan Wilayah 
    Persekutuan Labuan

Bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan Tahun 1 hendaklah dikemukakan secara manual oleh ibu bapa/penjaga dengan menghadirkan diri di sekolah yang diinginkan untuk mengisi borang.

Semakan Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2018/2019 Online

*Semakan keputusan pendaftaran murid Tahun 1 kebiasaannya boleh dibuat sekitar bulan Julai atau Ogos.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Selamat membuat permohonan murid Tahun 1 sesi 2019/2020 secara online dan manual!

1 comment:

  1. Aslmkm macam mana cara nak online daftar anak sekoah 2020

    ReplyDelete

Powered by Blogger.