Semakan Keputusan UPU Sesi 2018 Online dan SMS

Semakan Keputusan UPU Sesi 2018 Online dan SMS|ADAKAH anda telah membuat permohonan kemasukan ke UPU ambilan 2018/2019? Bilakah tarikh semakan keputusan UPU sesi 2018/2019? Perhatian buat pemohon yang membuat permohonan UPU 2018 kemasukan ke IPTA/UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA sesi 2018/2019. Menerusi Portal Rasmi UPU, semakan keputusan UPU 2018 boleh dibuat secara online mulai 21 hingga 27 Mei 2018 bagi lepasan SPM/setaraf. Manakala bagi lepasan STPM/setaraf pada tarikh 31 Julai hingga 6 Ogos 2018.

Semakan Keputusan UPU Sesi 2018 Online dan SMS

Sedia maklum, pelajar disarankan melayari Portal Rasmi KPM untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai tarikh rasmi keputusan UPU diumumkan. Maklumat dikongsikan ini termasuk tarikh penting semakan keputusan UPU, panggilan temuduga dan tarikh pendaftaran UPU 2018.

Semakan Keputusan UPU Sesi 2018 Online dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat penting yang memaparkan tarikh dan aplikasi semakan keputusan UPU secara online dan SMS:

Tarikh Penting Semakan Keputusan UPU

◾ Tarikh Semakan: 31 Julai 2018 - 6 Ogos
      2018 (Lepasan STPM)
◾ Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 http://upu.mohe.gov.my/web/

Cara Semakan Keputusan UPU 2018 Online dan SMS

A) Semakan Secara Online

1. Pemohon perlu melayari Portal Rasmi
    UPU melalui pautan berikut:
KLIK 👉 http://upu.mohe.gov.my/web/

2. Bagi yang menghadapi kesulitan
    melayari pautan Rasmi UPU, anda boleh
    melayari di:
1. http://jpt.ums.edu.my
2. https://jpt.unimas.my
3. https://intake.utm.my/semakan/
4. http://jpt.uum.edu.my

3. Pemohon yang berjaya membuat
    pengesahan tawaran dan juga mencetak
    surat tawaran rasmi melalui Portal Rasmi
    IPTA pada tarikh yang akan dikemaskini
    kelak.

Info:
*Sistem aplikasi semakan akan diaktifkan setelah tarikh hebahan keputusan UPU diumumkan

B) Semakan Melalui SMS

◾Universiti Awam dan Politeknik Premier
Taipkan:
UPU<jarak>RESULT<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan Hantarkan ke 15888

◾Politeknik Konvensional / METrO / Kolej
     Komuniti / ILKA
Taipkan:
UPU<jarak>TVET<jarak>NO. KAD PENGENALAN dan Hantarkan ke 15888

C) Melalui Aplikasi UPU Pocket

Bagi yang ingin membuat semakan  keputusan UPU melalui aplikasi UPUPocket, anda boleh muat turun menerusi Google Play bagi Android dan App Store bagi iOS dan boleh muat turun melalui https://www.upu.mohe.gov.my

Permohonan Rayuan UPU Online UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA

1. Permohonan rayuan boleh dibuat secara
    online setelah tarikh hebahan keputusan
    UPU diumumkan secara rasmi.

2. Permohonan rayuan hanya layak
    dipohon kepada pemohon yang gagal
    mendapat tawaran kemasukan sahaja.

3. Untuk membuat permohonan rayuan
    UPU secara online, sila rujuk di Aplikasi 
    Permohonan Rayuan UPU Lepasan
    STPM/setaraf.

Semakan Keputusan Rayuan UA / Politeknik Premier / Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA

1. Semakan rayuan boleh dibuat secara
    online setelah tarikh hebahan keputusan
    UPU diumumkan secara rasmi.

2. Untuk membuat semakan rayuan UPU
    secara online, sila rujuk di Semakan 
    Keputusan Rayuan UPU Online.

Semakan Panggilan Temuduga

1. Untuk membuat semakan panggilan
    temuduga, anda perlu melayari Portal
    Rasmi UPU melalui pautan berikut:
KLIK 👉 SEMAKAN TEMUDUGA

2. Semakan panggilan temuduga untuk
    kursus bertemuduga di IPTA boleh dibuat
    pada 23 hingga 29 April 2018 untuk
    lepasan SPM. Manakala, bagi lepasan
    STPM pada 28 Mei hingga 1 Julai 2018.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan UPU, boleh hubungi di talian helpline UPU di 03 - 8870 8200 atau laman web UPU http://upu.mohe.gov.my/web/.


Follow kami di Facebook Page di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan melalui Channel Telegram di https://t.me/rujukanupu untuk sebarang info dan maklumat terkini.

Selamat membuat semakan keputusan UPU tahun 2018/2019! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke UPU!

No comments

Powered by Blogger.