Semakan Keputusan Program Matrikulasi 2022/2023 Online

Semakan Keputusan Program Matrikulasi 2022/2023 Online|ADAKAH anda calon program Matrikulasi ambilan 2022? Bilakah tarikh semakan keputusan Matrikulasi KPM sesi 2022/2023 bakal diumumkan? Untuk makluman anda, semakan keputusan Matrikulasi 2022 boleh dibuat secara online pada 16 Julai 2022 melalui Aplikasi Permohonan Matrikulasi. Tarikh semakan dijangka akan diumumkan dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2022 Online buat rujukan anda.

Semakan Keputusan Program Matrikulasi 2018/2019 Online

Pelajar disarankan melayari Portal Rasmi BMKPM bagi mendapatkan tarikh rasmi keputusan Matrikulasi KPM diumumkan.

Semakan Keputusan Program Matrikulasi 2022/2023 Online

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara semakan keputusan Program Matrikulasi 2022 secara online:

Tarikh Semakan Keputusan Matrikulasi KPM 2022

◾Tarikh Dibuka: 16 Julai 2022
◾Tarikh Ditutup: 23 Julai 2022

Cara Semakan Keputusan Matrikulasi 2022/2023 Online

A) Semakan Secara Online

1. Pemohon diminta melayari Portal Rasmi 
    BMKPM menerusi pautan berikut:

B) Semakan Melalui SMS

Taipkan:
MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan Hantarkan ke 15888

Contoh: MOE MAT 950678075589 sms ke 15888

Permohonan Rayuan Program Matrikulasi 2022

A) Rayuan Secara Online

*Tarikh rayuan kemasukan program Matrikulasi akan dimaklumkan dari semasa ke semasa 

B) Hadir ke Bahagian Matrikulasi

Pemohon boleh datang sendiri bersama salinan keputusan SPM yang disahkan ke Bahagian Matrikulasi KPM untuk rayuan.

C) Menulis Surat Rayuan

Pemohon boleh menulis surat rayuan seperti contoh surat di SURAT RAYUAN MATRIKULASI. Pemohon perlu melampirkan 1 salinan keputusan SPM dan Kad Pengenalan yang disahkan.

Selamat membuat semakan keputusan tawaran Matrikulasi sesi 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke program Matrikulasi!

No comments

Powered by Blogger.