Permohonan Pinjaman PTPTN 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Permohonan Pinjaman PTPTN 2024 Online (Syarat Kelayakan)|ADAKAH anda ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA) bagi tahun 2024? Adakah anda memerlukan pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pengajian? Bagaimana cara membuat permohonan pinjaman PTPTN secara online? Kebanyakkan pelajar akan mengambil keputusan untuk memohon pinjaman pendidikan PTPTN sebagai bantuan kewangan pengajian. Berikut dikongsikan Permohonan Pinjaman PTPTN 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan Pinjaman PTPTN 2018 Online

Sedia maklum, Skim Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) adalah sebuah perbadanan yang menguruskan dana dan pemberian pinjaman kepada pelajar. Dengan wujudnya skim pinjaman ini, memberi keringanan bebanan ditanggung oleh pelajar untuk pengajian.

Permohonan Pinjaman PTPTN 2024 Online (Syarat Kelayakan)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara permohonan pinjaman PTPTN tahun 2024 secara online termasuk syarat kelayakan permohonan:


Cara Permohonan Pinjaman PTPTN 2024 Online

1. Pemohon telah menerima surat tawaran kemasukan ke IPT.

2. Anda perlu membuka akaun SSPN-i dimana-mana cawangan AgroBank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat atau cawangan PTPTN bagi mendapatkan No. Akaun SSPN-i.

3. Sebelum itu, anda perlu membeli No. PTPTN yang berharga RM 5.00 dimana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN). No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembelian.

4. Anda boleh membuat pendaftaran permohonan PTPTN buat KALI PERTAMA secara online menerusi Portal Rasmi PTPTN.

5. Masukkan Nama Penuh dan No. Kad Pengenalan. Kemudian, klik pada butang "Seterusnya".

6. Seterusnya, isikan maklumat borang permohonan PTPTN dengan betul dan lengkap.

Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN 2024

Antara syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
3. Pendapatan bulanan ibu bapa atau penjaga tidak melebihi RM50,000;
4. Mendapat tawaran ke IPTA/ IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);*
5. Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/ IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN*;
Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) semester;
6. Telah membuka akaun Simpan SSPN Prime/ Simpan SSPN Plus**
 
Info Penting:
* Hanya kursus yang diluluskan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan kemudahan pinjaman PTPTN
** Hanya akaun Simpan SSPN Prime yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun Simpan SSPN Prime 15 digit

Panduan Permohonan Pinjaman PTPTN

A. KALI PERTAMA

- Tawaran pinjaman pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN. Klik DISINI
- Tempoh pinjaman ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima.
- Keputusan permohonan pinjaman. Klik DISINI 
- Panduan mencetak dan mengisi dokumen perjanjian tawaran pinjaman. Klik DISINI
- Tempoh sah laku tawaran pinjaman adalah 14 hari dari tarikh kelulusan.
- Dokumen perjanjian lengkap perlu dilekatkan setem hasil dan dihantar bersama salinan surat pengajian.
- Peminjam yang ingin menolak tawaran pinjaman perlu menghantar Borang Pembatalan dan Penolakan
- Tawaran Pinjaman Pendidikan PTPTN di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.

B. KALI KEDUA

Tawaran pinjaman kali kedua akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut;

- Tamat pengajian bagi pinjaman terdahulu.
- Telah menyelesaikan baki pinjaman bagi mereka yang membatalkan pinjaman, gagal atau berhenti pengajian untuk pinjaman terdahulu.
- Kelulusan hanya diberikan kepada peminjam yang melanjutkan pengajian di peringkat yang sama atau lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu.

Artikel berkaitan:

👉 Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online
👉 Permohonan WPP PTPTN

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan PTPTN, sila hubungi di talian 03 – 2193 3000 atau emelkan ke eaduan.ptptn.gov.my

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN
Blok D, Megan Avenue II
No.12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur

Semoga perkongsian Permohonan Pinjaman PTPTN secara online ini dijadikan rujukan buat peminjam PTPTN!

No comments

Powered by Blogger.