Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2020/2021 Online

Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2020/2021 Online|BILAKAH tarikh permohonan kemasukan ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) ambilan 2020/2021? Perhatian buat pelajar lepasan STAM yang baru sahaja mendapat keputusan STAM dan juga lepasan SPM dan Diploma Qiraat. Untuk makluman anda, permohonan Timur Tengah ke Mesir dan Jordan sesi 2020/2021 kini telah dibuka secara online melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2018/2019 Online

Sedia maklum, program pengajian yang ditawarkan ke Timur Tengah (Mesir dan Jordan) adalah bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pengigian dan Farmasi sahaja. KPT tidak melantik mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

Permohonan Pengajian Timur Tengah Sesi 2020/2021 Online

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi tarikh dan aplikasi permohonan pengajian Timur Tengah:

Tarikh Penting Permohonan Timur Tengah 2020

1. Lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia
    (STAM)
◾ Tarikh Dibuka: 22 Januari 2019, jam 12
      tengahari
◾ Tarikh Ditutup: 31 Januari 2019, jam 5
      petang

2. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) &
    Diploma Qiraat
◾ Tarikh Dibuka: 22 Januari 2019, jam 12
      tengahari
◾ Tarikh Ditutup: 8 April 2019 selepas
      keputusan SPM 2018 diumumkan

Aplikasi Permohonan Timur Tengah 2020

◾Pemohon perlu layari laman web melalui Aplikasi Permohonan seperti berikut:
KLIK 👉 PERMOHONAN ONLINE PENGAJIAN TIMUR TENGAH

Cara Permohonan Pengajian Timur Tengah 2020/2021

Berikut adalah panduan atau cara permohonan pengajian Timur Tengah:

1. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu
    sebelum membuat permohonan secara
    online. Sila pastikan emel yang
    didaftarkan adalah aktif, nama penuh
    dan no. kad pengenalan anda adalah
    betul dan tepat.

2. Setelah membuat pendaftaran, anda
    perlu log masuk ke dalam sistem e-
    timurtengah di pautan
    https://dohe.mohe.gov.my/timurtengah
    bagi melengkapkan maklumat
    permohonan.

3. Pemohon hanya dibenarkan untuk
    membuat permohonan bagi SATU (1)
    negara dan SATU (1) bidang sahaja.
    Pemohon juga dinasihati supaya
    membuat permohonan yang memenuhi
    syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

4. Pastikan maklumat yang diisi adalah
    betul dan lengkap sebelum tekan butang
    simpan dan hantar.

5. Pastikan permohonan dihantar dengan
    menekan butang hantar selewat-
    lewatnya pada tarikh akhir permohonan.

6. Pemohon perlu mencetak borang
    permohonan sebagai rujukan.

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan, sila hubungi di:

Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 PUTRAJAYA
No. Tel : 03-8870 6627 / 6226
No. Faks : 03-8870 6853
Emel : norwahidah@mohe.gov.my / zairina@mohe.gov.my
Fb : Education Malaysia Division

Selamat membuat permohonan pengajian Timur Tengah sesi 2020/2021 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran pengajian Timur Tengah!

No comments

Powered by Blogger.