Permohonan IPG PISMP 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Permohonan IPG PISMP 2024/2025 Online (Lepasan SPM)|ADAKAH anda calon pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), STPM, STAM & Matrikulasi? Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke IPG PISMP ambilan tahun 2024 bakal dibuka? Menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), permohonan IPG 2024/2025 dibawah Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) bakal dibuka secara online mulai 14 Mac 2024 jam 3:00 petang hingga 15 April 2024 menerusi Portal Rasmi PISMP. Berikut dikongsikan Permohonan IPG PISMP 2024 Online buat rujukan anda.

Permohonan IPG PISMP 2018 Online

Sebelum membuat permohonan, anda dikehendaki ketahui syarat kemasukan dan kelayakan asas IPG 2024 terlebih dahulu. Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 2 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM Pemohon yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 8 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Permohonan IPG PISMP 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Berikut dikongsikan maklumat penting meliputi permohonan IPG PISMP beserta syarat kelayakan permohonan dan tarikh penting:

Tarikh Penting Permohonan IPG PISMP 2024

◾Tarikh Permohonan: 14 Mac 2024 - 15 April 2024
◾Aplikasi Permohonan: 
KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

Cara Permohonan IPG 2024/2025 Online

Berikut dikongsikan cara permohonan PISMP IPG sesi 2024 secara online:

1. Pemohon diminta layari ke Aplikasi  Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://pismp.moe.gov.my/index.cfm

2. Untuk mengakses borang permohonan online IPG PISMP, pemohon baru perlu klik pada butang "Permohonan Baharu" terlebih dahulu.

3. Masukkan No. Kad Pengenalan yang disahkan dan klik pada butang "Semak".

4. Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang PISMP bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG), temu duga, Ujian Kecergasan Fizikal (UKF), syarat bidang pengkhususan serta tarikh-tarikh penting pengambilan sebelum membuat permohonan.

5. Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja dan boleh mengemaskini permohonan pada tarikh yang telah ditetapkan sebelum tarikh permohonan ditutup.

6. Pemohon perlu membuat pengesahan permohonan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan dan tarikh menduduki e-UKCG.

7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Info Penting:

* Lepasan SPM Tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan SPM pada tarikh yang ditetapkan.

* Lepasan STPM tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan Semester 3 pada tarikh yang ditetapkan.

* Lepasan STAM tahun 2023 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan akhir pengajian pada tarikh yang ditetapkan.

* Lepasan Program Matrikulasi sesi pengajian 2023/2024 layak memohon dan perlu mengemaskini keputusan Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) pada tarikh yang ditetapkan.


Tarikh Penting Permohonan PISMP 2024/2025

Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2024 adalah seperti berikut:

Permohonan IPG PISMP 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Syarat Kelayakan IPG 2024 (Institut Penguruan Guru Malaysia)

Berikut dikongsikan syarat kelayakan permohonan IPG Institut Penguruan Guru Malaysia:

A. KEMASUKAN LEPASAN SPM
🔷 Keterangan Program

i. Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
ii. Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)
dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
iii. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti program
persediaan PISMP selama satu tahun atau tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
iv. Pelajar yang LULUS program persediaan PISMP akan diberikan Sijil Tamat program
dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
v. PISMP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

🔷 Syarat Kelayakan Permohonan

i. Warganegara Malaysia.
ii. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004.
iii. Sihat tubuh badan.
iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
v. LULUS SPM dengan memperoleh gred CEMERLANG dalam mana-mana lima mata
pelajaran.
vi. Memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
• Bahasa Melayu;
• Bahasa Inggeris; dan
• Sejarah
vii. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang
pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).


B. KEMASUKAN LEPASAN STAM

🔷 Keterangan Program

i. Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
ii. Program ini dikhususkan untuk lepasan STAM bagi mengikuti pengajian di Institut
Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
iii. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PISMP selama empat tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
iv. Pelajar wajib mengambil kursus tambahan yang ditetapkan bagi melengkapkan jurang
ilmu/kemahiran yang diperlukan semasa mengikuti PISMP.
v. PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

🔷 Syarat Kelayakan Permohonan

i. Warganegara Malaysia.
ii. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.
iii. Sihat tubuh badan.
iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
v. LULUS SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai boleh diambil kira.
vi. Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran berikut di
peringkat SPM;
• Bahasa Inggeris; dan
• Sejarah
vii. LULUS STAM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred JAYYID JIDDAN.
viii. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang
pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).


C. KEMASUKAN LEPASAN STPM

🔷 Keterangan Program

i. Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
ii. Program ini dikhususkan untuk lepasan STPM bagi mengikuti pengajian di Institut
Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
iii. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PISMP selama empat tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
iv. Pelajar wajib mengambil kursus tambahan yang ditetapkan bagi melengkapkan jurang
ilmu/kemahiran yang diperlukan semasa mengikuti PISMP.
v. PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

🔷 Syarat Kelayakan Permohonan

i. Warganegara Malaysia.
ii. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.
iii. Sihat tubuh badan.
iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
v. LULUS SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai boleh diambil kira.
vi. Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran berikut di
peringkat SPM;
• Bahasa Inggeris; dan
• Sejarah
vii. LULUS STPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5.
viii. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang
pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).


D. KEMASUKAN LEPASAN PROGRAM MATRIKULASI 

🔷 Keterangan Program

i. Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
ii. Program ini dikhususkan untuk lepasan program Matrikulasi bagi mengikuti pengajian
di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi
keperluan di sekolah rendah KPM.
iii. Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti PISMP selama empat tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
iv. Pelajar wajib mengambil kursus tambahan yang ditetapkan bagi melengkapkan jurang
ilmu/kemahiran yang diperlukan semasa mengikuti PISMP.
v. PISMP dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

🔷 Syarat Kelayakan Permohonan

i. Warganegara Malaysia.
ii. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.
iii. Sihat tubuh badan.
iv. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
v. LULUS SPM dengan memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Kepujian Bahasa Melayu Kertas Julai boleh diambil kira.
vi. Memperoleh sekurang-kurangnya gred LULUS dalam mata pelajaran berikut di
peringkat SPM;
• Bahasa Inggeris
• Sejarah
vii. LULUS program Matrikulasi dengan memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 3.5.
viii. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang
pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).

Permohonan IPG PISMP 2024/2025 Online (Lepasan SPM)

Artikel Berkaitan:


Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan IPG PISMP, sila hubungi di:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1 - 3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA, SELANGOR
(u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan (JPP), Pusat Hal Ehwal Pelajar)

No. Telefon: 03-8312 6731 / 6768 / 6760 / 6733 / 6693 (Isnin-Jumaat: Jam 8.00 pagi - 5.00 petang)

Selamat membuat permohonan kemasukan ke IPG PISMP 2024 secara online! Semoga anda berjaya mendapat tawaran ke IPG!

1 comment:

Powered by Blogger.