Contoh Surat Rayuan Permohonan Kemasukan KV dan SMT

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kemasukan KV dan SMT|ADAKAH anda telah membuat permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2018? Bagaimana cara membuat rayuan permohonan kemasukan ke KV dan SMT sekiranya gagal? Untuk makluman anda, bagi yang gagal dalam permohonan boleh membuat rayuan mengikut tarikh yang ditetapkan.

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kemasukan KV dan SMT

Semakan keputusan ke KV dan SMT tahun 2018 boleh dibuat secara online mulai 15 hingga 22 Januari 2018. Bagi pemohon yang berjaya dalam rayuan akan dihubungi oleh pihak institusi KV dan SMT di tempat pelajar memohon.

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kemasukan KV dan SMT

Berikut dikongsikan contoh surat permohonan rayuan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik:

Tarikh Penting Rayuan

◾Aliran Perdana: 24 Januari hingga 20
     Februari 2018
◾Aliran PAV: 13 hingga 28 Februari 2018

Contoh Surat Permohonan Rayuan KV dan SMT

Nama Pemohon/Pelajar

Alamat Surat Menyurat



Pengetua Kolej Vokasional/Sekolah Menengah Teknik (sila nyatakan nama KV dan SMT)

Alamat lengkap KV dan SMT yang dipohon

Tarikh

Tuan/Puan,

Per: Permohonan Rayuan Kemasukan ke Kolej Vokasional _______/ dan Sekolah Menengah Teknik _______ Sesi 2018 Tingkatan 4

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat permohonan rayuan kepada pihak Tuan/Puan dalam mempertimbangkan semula permohonan kemasukan saya ke Kolej Vokasional ______/ Sekolah Menengah Teknik _______ Tingkatan 4 sesi 2018.

2. Dalam keputusan peperiksaan PT3 tahun 2017 yang lepas, saya telah mendapat keputusan peperiksaan ______ (nyata keputusan pemohon dapat)

3. Butir-butir permohonan rayuan saya adalah seperti berikut:
Nama pemohon: Nama pelajar
Sekolah: Nama sekolah terdahulu
No. Kad Pengenalan: _________
Angka Giliran: __________

4. Bersama-sama surat ini, saya sertakan dokumen yang diperlukan iaitu Borang Walk-in, Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk rujukan pihak tuan/puan.

5. Besar harapan saya sekiranya pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan rayuan saya ini seterusnya memberi peluang kedua kepada saya memasuki kolej/sekolah tuan/puan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan/puan saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

____________________ (Tandatangan)
(NAMA PENUH PELAJAR)

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/Rujukan-UPU-Terkini dan follow di Telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini - https://t.me/rujukanupu

Semoga perkongsian Contoh Surat Permohonan KV dan SMT ini memberi manfaat kepada pemohon! Selamat mencuba!

No comments

Powered by Blogger.