Semakan Keputusan UPKK 2022/2023 Online dan SMS

Semakan Keputusan UPKK 2022/2023 Online dan SMS|BILAKAH tarikh semakan keputusan peperiksaan UPKK KAFA tahun 2022 bakal diumumkan? Menerusi Portal Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semakan keputusan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) 2022/2023 boleh dibuat secara online pada 9 Mac 2023 (Hari Khamis) mulai jam 4:00 petang. Berikut dikongsikan Semakan Keputusan UPKK 2022/2023 Online dan SMS buat rujukan anda.

Semakan Keputusan UPKK 2017 Online dan SMS

Ujian Penilaian Kelas KAFA merupakan peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) di seluruh Malaysia. Pelaksanaan Kaedah Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain bagi menggantikan peperiksaan bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2021 akan dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 15 hingga 30 November 2021 berdasarkan Modul Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (MPKAFA).

Semakan Keputusan UPKK 2022/2023 Online dan SMS

Berikut dikongsikan maklumat penting berkaitan tarikh dan aplikasi semakan keputusan UPKK KAFA 2022/2023:

Tarikh Keputusan UPKK 2022 Diumumkan

◾ Tarikh Semakan: 9 Mac 2023 (Hari Khamis)
◾ Aplikasi Semakan:
KLIK 👉 https://simpeni.islam.gov.my/ atau https://semakan.islam.gov.my/

Cara Semakan Keputusan UPKK KAFA 2022/2023

A) Semakan Secara Online

1. Pemohon perlu layari Laman Web Rasmi SIMPENI melalui pautan seperti berikut:
KLIK 👉 https://simpeni.islam.gov.my/ atau https://semakan.islam.gov.my/

2. Kemudian, masukkan No. MyKid atau No. Pengenalan Khas yang didaftarkan.

3. Masukkan No. Angka Giliran UPKK. Klik pada butang 'Semak Keputusan'.

4. Keputusan penuh UPKK anda akan dipaparkan di screen.

B) Semakan Melalui SMS

◾Taipkan:
UPKK (jarak) NO MYKID (jarak) Angka Giliran dan Hantar ke 15888
Atau:-
◾Taipkan:
UPKK (jarak) NO. SIJIL LAHIR (jarak) Angka Giliran dan Hantar ke 15888

Info Penting:
*Caj penghantaran adalah RM 0.15 dan caj    penerimaan adalah RM 0.20 (Tidak termasuk GST)

Selamat membuat semakan keputusan peperiksaan UPKK KAFA tahun 2022 secara online! Semoga anda berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam UPKK!

1 comment:

Powered by Blogger.